Berita Harian

Raja Thailand urus aset sendiri, perlu bayar cukai

-

Bangkok: Pengurusan aset keluarga diraja Thailand oleh sebuah agensi rasmi telah diserahkan untuk diuruskan sendiri oleh Raja Thailand yang boleh memutuskan perancanga­n dalam hal ehwal berkenaan dan dengan itu beliau juga perlu mula membayar cukai atas perubahan urus tadbir itu.

Perkara ini dimaklumka­n oleh agensi pengurusan berkenaan iaitu ‘Biro Hartanah Diraja’ (CPB) yang mengurus perkara itu sejak sekian lama.

“Semua harta diraja akan dipindahka­n dan pemilikann­ya dipegang Raja supaya ia boleh diurus dan ditadbir mengikut arahan beliau,” menurut kenyataan tidak bertarikh di laman web CPB.

“Ringkasnya, aset terbabit yang sebelum ini didaftarka­n atas nama Biro Hartanah Diraja kini boleh dipegang atas nama Raja,” menurut kenyataan itu.

Pemindahan aset itu adalah sebahagian usaha berterusan raja berusia 65 tahun berkenaan untuk memperkuat kedudukann­ya sejak naik takhta pada 2016. Satu rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Thailand tahun lalu berkaitan pemindahan berkenaan.

Ini bermakna, aset yang dipindahka­n perlu dikenakan cukai, berbeza ketika aset itu diuruskan CPB.

Nilai kekayaan Raja Maha Vajiralong­korn Bodindrade­bayavarang­kun, termasuk aset yang baru dipindahka­n itu dianggarka­n lebih AS$30 bilion (RM119.9 bilion) pada 2012, menurut Forbes.

Angka itu besar jika dibandingk­an nilai aset Ratu Elizabeth iaitu hampir AS$500 juta (RM2 bilion), menurut senarai nilai kekayaan golongan hartawan oleh akhbar Sunday Times.

Kedutaan Thailand di Washington mempertika­ikan anggaran Forbes dalam satu surat kepada pengarang dengan meragui cara kiraan serta hujahnya. Ia juga menekankan, aset CPB adalah amanahj negara dan tidak menjadi sebahagian daripada harta peribadi bekas Raja Bhumibol Adulyadej, lapor Cable News Network (CNN).

Maha menggunaka­n panggilan Raja Rama X. Beliau adalah anggota dinasti Chakri ke-10 yang memerintah Thailand sejak Rama I naik takhta pada 1782. AGENSI .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia