Berita Harian

Hafizh janji bangkit di Belanda

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Selepas nasib tidak menyebelah­i pada perlumbaan Grand Prix (GP) Catalan, pelumba Motogp negara Hafizh Syahrin Abdullah kini tekad menebus kekecewaan­nya di Belanda, 1 Julai ini.

Hafizh tidak menamatkan perlumbaan di Sirkit BarcelonaC­atalunya itu selepas terjatuh pada baki akhir empat pusingan ketika sedang bersaing sengit dalam kelompok 10 teratas.

“Saya cuba belajar daripada kesilapan ini dan cuba bangkit dengan lebih baik lagi,” kata pelumba pasukan Monster Yamaha Tech3 itu.

“Kami mungkin dapat menamatkan saingan di kelompok sembilan terbaik tetapi ia tidak berlaku. Saya tidak boleh menggambar­kan betapa saya rasa bersalah kepada pasukan, penaja dan semua pihak yang menyokong saya.

“Saya berjanji akan berusaha lebih baik untuk pusingan seterusnya.”

Pelumba muka baharu

Keputusan itu secara tidak langsung menyaksika­n Hafizh tidak dapat mempertaha­nkan kedudukan pendahulu dalam carta pelumba muka baharu terbaik apabila seteru utamanya, Franco Morbidelli mengutip dua mata selepas menamatkan saingan di tangga ke-14.

Pelumba EG 0,0 Marc VDS dari Itali itu kini mendahului carta dengan 19 mata manakala Hafizh berada di tangga kedua dengan 17 mata.

Pelumba Jepun, Takaaki Nakagami yang turut tidak menamatkan perlumbaan kelmarin berada di tangga ketiga dengan 10 mata.

Sementara itu, pengurus pasukan, Herve Poncharal mengakui kecewa dengan tragedi menimpa Hafizh namun yakin pelumba berusia 24 tahun mampu untuk merampas kembali status pendahulu daripada Morbidelli.

“Tidak mengapa, dia hanya dua mata di belakang Morbidelli dalam kedudukan muka baharu terbaik dan perlumbaan masih banyak lagi.

“Harap dia boleh belajar dengan lebih banyak lagi dan meraih keputusan yang lebih baik di Assen nanti,” kata Poncharal.

 ??  ?? Hafizh (dua dari kanan) ketika permulaan Motogp di Litar Catalunya, Barcelona, kelmarin.
Hafizh (dua dari kanan) ketika permulaan Motogp di Litar Catalunya, Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia