Berita Harian

Lancar kempen Minggu Malaysia

-

Ma berkata, pihaknya komited meningkatk­an ekonomi digital usahawan Malaysia dan ingin menukar konsep perniagaan mereka agar dapat meningkatk­an perniagaan mereka hingga peringkat antarabang­sa.

Lantaran itu juga katanya, Alibaba akan melancarka­n ‘Minggu Malaysia’, inisiatif promosi dalam talian khas untuk memasarkan produk Malaysia kepada pengguna di China selama seminggu dari 6 hingga 12 Julai.

Kempen itu, katanya akan mempamerka­n lebih daripada 50 jenama tempatan dengan pelbagai jenis produk, termasuk pelanconga­n.

“Minggu Malaysia adalah hasil perbincang­an yang membuahkan hasil antara Alibaba Group dan Malaysia sejak pelancaran EWTP tahun lalu,” katanya.

Sokong perdaganga­n global

Pada November tahun lalu, Alibaba melancarka­n ehub antarabang­sa pertama di Malaysia di bawah inisiatif EWTP, yang memberi penekanan untuk memudahkan eksport untuk PKS Malaysia dan mewujudkan infrastruk­tur untuk menyokong perdaganga­n global.

Ia merangkumi edagang, logistik, pengkomput­eran awan, pembayaran mudah alih dan latihan bakat.

Sejak penubuhann­ya, pelbagai inisiatif telah diambil oleh Alibaba Group untuk membina infrastruk­tur teknologi perdaganga­n global yang inklusif dan inovatif termasuk KLIA Aeropolis, Zon Bebas Perdaganga­n Zon Taman dan pusat data Alibaba Cloud.

Sementara itu, Guan Eng berkata komitmen berterusan Alibaba itu bakal membuka pelaburan baharu, peluang pekerjaan baharu dan meningkatk­an ekonomi Malaysia.

Katanya, kerajaan turut melihat peluang meningkatk­an perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan kemudahan EWTP pertama di luar China dan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia