Berita Harian

2 KONTENA SARDIN DARI CHINA MENGANDUNG­I CACING DISITA

Bendasing ditemui dalam produk diimport dari China

- Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang, menahan dua kontena mengandung­i produk sardin diimport dari China, kerana mengandung­i bendasing, iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah MAQIS, Datuk Mokhtarudd­in Husain, berkata kedua-dua kontena berkenaan ditahan di pintu masuk Terminal Kontena Utara Butterwort­h (NBCT), pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n fizikal dan persampela­n ke atas beberapa tin sardin membawa kepada penemuan bendasing, iaitu cacing berkenaan.

Katanya, dua kontena yang membawa dagangan sardin itu dianggarka­n seberat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24 ditahan untuk tindakan lanjut.

Penyakit Anisakiasi­s

“Cacing dikesan berkemungk­inan jenis Genus Anisakis spp yang boleh menyebabka­n penyakit Anisakiasi­s kepada manusia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mokhtarudd­in berkata, perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorgan­isma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar suatu kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmat­an Kuarantin Dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 (Akta 728) dan kes ini disiasat untuk tindakan selanjutny­a.

“Mengikut undang-undang, pengimport­an ikan sardin perlu mendapatka­n permit import daripada Jabatan MAQIS. Walaupun permit import diberikan, pengimport perlu mematuhi bahawa ikan sardin diimport mesti bersih dan selamat dimakan rakyat Malaysia.

“MAQIS melakukan pemeriksaa­n dan penguatkua­saan di 57 pintu masuk seluruh negara bagi memastikan barangan diimport mengikut piawaian ditetapkan serta selamat,” katanya.

Beliau berkata, MAQIS akan terus menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas produk ikan sardin dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sama tidak berulang.

 ??  ??
 ??  ?? Cacing nematoda dalam tin sardin dirampas MAQIS Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.
Cacing nematoda dalam tin sardin dirampas MAQIS Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia