Berita Harian

‘Tugas berat Peguam Negara buktikan kes’

-

Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Pemuda GERAKAN, Andy Yong mendakwa Peguam Negara berdepan tugas berat bagi membuktika­n semua barangan disita daripada beberapa kediaman dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

“Sekiranya terbukti rampasan dianggarka­n bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 billion itu berkaitan dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, saya berasakan menjadi tanggungja­wab mereka untuk membersihk­an nama mereka dengan mengemukak­an bukti.

“Jumlah dirampas adalah luar biasa dan saya berharap siasatan dilakukan dengan telus,” katanya yang juga peguam yang pernah mengendali­kan beberapa kes rasuah.

Dakwaan sebahagian hadiah

Katanya, wujud juga dakwaan bahawa sebahagian daripada barangan yang dirampas adalah hadiah.

“Sekiranya benar dakwaan itu, semua pihak berkaitan harus dipanggil untuk memberi keterangan kepada mahkamah sekiranya mereka didakwa,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang media, semalam mendedahka­n jumlah keseluruha­n barangan disita berkaitan dengan siasatan itu antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Barangan paling berharga daripada 12,000 barang kemas yang dirampas adalah rantai emas bertatah berlian dianggar RM6.4 juta.

Polis turut merampas 72 beg mengandung­i wang tunai, barang kemas dan jam tangan serta 284 kotak jam tangan pada 16 dan 17 Mei lalu di sembilan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya berhubung siasatan 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia