Berita Harian

Tiada pihak sah wang milik UMNO

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta individu yang mempunyai maklumat kononnya wang tunai RM116.7 juta dirampas dari enam premis sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah milik UMNO untuk tampil memberi keterangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata buat masa ini PDRM tidak dapat memastikan kesahihan dakwaan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa wang tunai itu adalah milik parti.

Malah, beliau berkata, hingga kini tiada individu tampil memberi keterangan bagi mengesahka­n wang berkenaan sememangny­a milik parti terbabit.

“Kita tidak tahu wang itu milik UMNO sebab kita tiada maklumat mengenainy­a.

Minta beri maklumat

“Jika betul ia milik UMNO, kita minta individu yang mempunyai maklumat mengenainy­a untuk tampil memberi keterangan bagi dirakamkan percakapan.

“Tetapi, hingga kini memang tiada sesiapa yang tampil memberi keterangan berhubung dakwaan itu,” katanya.

Sebelum ini, Najib dalam satu kenyataan memaklumka­n bahawa wang tunai yang dirampas adalah wang sumbangan diterima bagi kegunaan kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Kenyataan itu turut dipertahan oleh pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad yang turut menyatakan wang yang dirampas polis dalam serbuan di beberapa unit kondominiu­m di Pavilion Residences adalah dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO serta Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meminta PDRM memulangka­n wang yang dirampas berikutan ia adalah baki sumbangan kempen dan diperlukan parti itu bagi membina semula UMNO.

Jika betul ia milik UMNO, kita minta individu yang mempunyai maklumat mengenainy­a tampil memberi keterangan bagi dirakamkan percakapan. Tapi, hingga kini tiada sesiapa tampil beri keterangan berhubung dakwaan itu” Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

Bukit Aman

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Pengamal media mengambil gambar barang rampasan berkaitan kes 1MDB pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Pengamal media mengambil gambar barang rampasan berkaitan kes 1MDB pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia