Berita Harian

272 beg tangan mewah bernilai RM51.3J

Babit 37 jenama termasuk Hermes berharga RM1.6J ke atas serta produk tempahan khas

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob dan Kalbana Perimbanay­agam

Nilai 272 daripada 567 beg tangan mewah daripada 37 jenama yang dirampas oleh polis dari kediaman dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak ialah RM51.3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata 272 beg tangan itu membabitka­n jenama Hermes yang antaranya berharga RM1.6 juta ke atas. Beg tangan tempahan khas jenama Bijan belum dinilai.

Katanya, baki 295 beg tangan lagi membabitka­n jenama Prada dan Chanel serta jenama lain belum ditaksirka­n nilainya.

“Proses pengiraan nilai beg tangan ini mengambil tempoh masa lapan hari membabitka­n lebih 37 jenama.

Beg tangan paling unik

“Bijan adalah beg tangan paling unik dan tidak dijual di pasaran. Beg tangan jenama Bijan itu adalah tempahan khas. Namun beg tangan paling mahal yang kita rampas adalah jenama Hermes berharga sekitar RM1.6 juta,” katanya.

Menurut Amar Singh, selain beg tangan, polis turut merampas 423 jam tangan pelbagai jenama keseluruha­nnya bernilai RM78 juta.

Katanya, jam tangan berkenaan membabitka­n lebih 100 jenama dan paling banyak adalah jenama Rolex, Chopard dan Richard Mille.

“Kami mengambil masa tiga hari bagi membuat pengiraan nilai jam tangan yang dirampas itu,” katanya.

Selain itu, Amar Singh berkata, PDRM turut merampas 234 unit cermin mata daripada tiga bagasi yang keseluruha­nnya bernilai RM374,000 membabitka­n 34 jenama seperti Versace, Gucci, Dior dan Cartier.

Selain beg tangan, polis turut merampas 423 jam tangan pelbagai jenama keseluruha­nnya bernilai RM78 juta” Amar Singh Ishar Singh, Pengarah JSJK Bukit Aman

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Amar Singh bersama pegawai penyiasat menunjukka­n gambar barangan yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Amar Singh bersama pegawai penyiasat menunjukka­n gambar barangan yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia