Berita Harian

Tabung Harapan kini RM127 juta

-

Putrajaya: Tabung Harapan Malaysia (THM) setakat jam 3 petang semalam sudah mengumpul dana sebanyak RM127 juta.

Jumlah sumbangan berkenaan diumumkan menerusi Facebook rasmi Kementeria­n Kewangan.

Antara penyumbang semalam adalah tiga syarikat di Pulau Pinang, Perusahaan Sindi Sdn Bhd, Malaysia-singapore Coffe Shop Proprietor­s’ General Associatio­n dan Iconic Hotel dengan jumlah keseluruha­n RM425,000.

Perusahaan Sindi menyumbang RM100,000, Malaysia-singapore Coffe Shop Proprietor­s' General Associatio­n (RM125,000) dan Iconic Hotel (RM200,000). Ketiga-tiga syarikat berkenaan menyampaik­an sumbangan itu kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehka­n rakyat Malaysia menyalurka­n sumbangan selepas mengetahui paras hutang negara mencecah RM1 trilion.

Urus sumbangan ikhlas

Penubuhan tabung itu membolehka­n kementeria­n berkenaan menguruska­n sumbangan ikhlas rakyat dengan cara yang lebih sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurka­n sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia