Berita Harian

Sarawak minta dua menteri, 3 timbalan dalam Kabinet

Pusat diminta lebih adil bagi pastikan kemajuan negeri, sosioekono­mi rakyat

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) Pusat diminta bersikap lebih adil kepada Sarawak termasuk memperuntu­kkan sekurang kurangnya dua portfolio menteri dan tiga jawatan timbalan menteri dalam Kabinet Persekutua­n bagi memastikan kelangsung­an pembanguna­n negeri ini serta sosioekono­mi rakyatnya.

Nisbah itu dianggap setimpal dengan kedudukan Sarawak sebagai negeri terbesar di Malaysia, selain kepentinga­nnya sebagai antara penyumbang kerusi terpenting sehingga mendorong kejayaan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi DAP Serian, Edward Andrew Luwak, berkata berdasarka­n senarai bakal anggota Kabinet Persekutua­n yang viral di media sosial sejak kelmarin, memperliha­tkan masing-masing hanya seorang menteri dan timbalan menteri dalam kalangan wakil rakyat daripada PH Sarawak disenaraik­an.

Katanya, selain Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian disenaraik­an Menteri Kerja Raya, turut disenaraik­an ialah Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jien yang juga Pengerusi PH Sarawak sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Sumbang 10 kerusi

“Dari Sarawak, masing-masing hanya seorang wakil kita dipilih menteri dan timbalan menteri. Namun, dari Sabah yang hanya berkonsepk­an ‘mesra PH’ dan kurang kerusi dalam pakatan kita, mereka diberikan tiga jawatan menteri.

“Keseluruha­nnya, Sarawak menyumbang 10 kerusi dalam PH pada PRU-14, dengan enam daripadany­a dimenangi DAP, manakala selebihnya dimenangi PKR,” katanya dalam satu

Perkembang­an itu jauh berbeza dengan intipati manifesto dijanjikan jika PH menang PRU-14 dan bentuk Kerajaan Persekutua­n, iaitu berikan keutamaan kepada penyertaan wakil Sabah serta Sarawak” Edward Andrew Luwak, Pengerusi DAP Serian

kenyataan, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, jumlah itu tidak termasuk dua kerusi dimenangi wakil Bebas sebelum ini, namun mereka menyerahka­n borang keahlian kepada PKR, seterusnya menjadi Ahli Parlimen mewakili parti itu.

Sementara itu, Chieng Jen berkata, kuasa untuk menentukan jumlah menteri dan timbalan menteri berada pada Perdana Menteri, justeru tiada siapa wajar mempertika­ikannya.

Justeru, beliau berkata, jumlah menteri dan timbalan menteri dari Sarawak juga sudah pasti berada dalam pertimbang­an Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan­nya.

“Jadi sebelum pengumuman itu dibuat, saya rasa tidak sesuai untuk komen lebih lanjut berhubung perkara ini,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Pasukan Respon Kecemasan 2018 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, di sini.

Yang turut hadir, Pengarah JPBM Sarawak, Nor Hisham Mohamad.

Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin, meminta semua pihak menunggu pengumuman penuh Kabinet minggu depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia