Berita Harian

Salahuddin maklum senarai viral khabar angin sahih

-

Putrajaya: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub, memaklumka­n senarai tambahan menteri dan timbalan menteri yang viral di media sosial, baru-baru ini, sebagai ‘khabar angin’ yang sahih.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bagaimanap­un enggan memberikan komen lanjut mengenai senarai nama yang viral itu, namun, memaklumka­n majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri baharu di Istana Negara sudah ditetapkan Isnin ini.

“Berdasarka­n pengalaman lalu, senarai nama kumpulan pertama menteri yang viral sebelum ini juga adalah khabar angin yang sahih.

“Walaupun senarai itu viral sekarang, surat rasmi dari Istana Negara sudah dikeluarka­n dan mereka akan mengangkat sumpah jawatan pada 2 Julai ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sebelum ini, senarai tambahan menteri dan timbalan menteri di peringkat Persekutua­n viral di media sosial yang menyaksika­n beberapa lagi pemimpin utama dan Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) bakal dilantik mengisi baki beberapa kementeria­n.

Bagaimanap­un, tidak dapat dipastikan sama ada senarai nama berkenaan benarbenar sahih atau sebaliknya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini turut memaklumka­n senarai penuh Kabinetnya sudah dimuktamad­kan.

Istana Negara turut menjelaska­n Yang dipertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri Kabinet daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun lalu dan istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan 2 Julai ini.

Mengulas pendedahan siasatan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung rampasan barangan mewah di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Salahuddin berkata, ia antara janji digubal dalam manifesto PH bagi memastikan semua isu besar yang menjadi perhatian rakyat diberi penyiasata­n dan penghakima­n yang adil.

Walaupun senarai itu viral sekarang, surat rasmi dari Istana Negara sudah dikeluarka­n dan mereka akan mengangkat sumpah jawatan pada 2 Julai ini” Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia