Berita Harian

PH Kelantan harap diberi peluang

-

Kota Bharu: Pakatan Harapan (PH) Kelantan masih mengharapk­an wakil pimpinan negeri ini diberi peluang untuk mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri, bagi mengimbang­i kuasa pada peringkat Pusat dan negeri.

Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa, berkata tidak pernah Kelantan tidak mempunyai wakil menteri walaupun negeri itu sekian lama diperintah PAS.

Katanya, walaupun calon ketiga-tiga parti dalam PH gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, jawatan itu penting untuk mengimbang­i kuasa di antara Pusat dan negeri.

“Berdasarka­n senarai nama yang viral, tiada nama wakil dari Kelantan yang tersenarai, namun masih ada beberapa lagi kekosongan.

“Malah, beberapa jawatan da- lam kerajaan belum diisi termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR),” katanya di sini, semalam.

Parti berlapang dada

Mohd Sukirman berkata, parti itu berlapang dada jika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peluang kepada pemimpin PH dari Kelantan menyertai Kabinet.

“Kita bukan berebutkan jawatan, namun untuk imbangi kuasa, perlu ada wakil. Malah, Kelantan juga ada tokoh untuk diangkat bagi mengisi jawatan terbabit,” katanya.

Media kelmarin melaporkan, wakil rakyat PKR dijangka paling ramai mengisi barisan Kabinet, diikuti DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Anggota baharu akan mengangkat sumpah Isnin depan, tambahan kepada 13 menteri dilantik pada 21 Mei lalu.

Sementara itu, selain Kelantan, senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri yang viral di media sosial itu turut tidak menyenarai­kan wakil dari Perlis dan Terengganu.

Wakil Perlis tak tersenarai

Wakil Perlis tidak termasuk dalam senarai Kabinet kerana ketiga-tiga kerusi Parlimen dipertandi­ngkan pada PRU-14 dimenangi Barisan Nasional (BN) dan tiada calon PH boleh dilantik dalam Kabinet.

Di Terengganu, PAS memenangi enam daripada lapan kerusi dipertandi­ngkan dan BN menang di dua baki kerusi di negeri itu.

Berdasarka­n senarai bayangan Kabinet itu, Selangor negeri paling ramai dilantik dalam Kabinet iaitu 11 orang dengan lapan sebagai menteri dan tiga jawatan timbalan menteri.

 ??  ?? Mohd Sukirman Mustafa
Mohd Sukirman Mustafa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia