Berita Harian

Putrajaya biar kekal jati diri warisan kita

-

Sukar untuk dinafikan bahawa Wilayah Persekutua­n Putrajaya adalah mercu tanda yang paling gah bagi rakyat Malaysia dan simbol negara yang paling dikenali di seluruh dunia.

Pembinaan Putrajaya dirancang begitu rapi sejak awal 1980-an sebagai sebuah bandar dalam taman. Ia kini mengorak langkah sebagai sebuah bandar raya pintar yang disokong dengan pelbagai kemudahan terkini.

Pembinaan Putrajaya sebagai bandar raya terancang yang bermula pada Ogos 1995 dan masih berterusan sehingga kini sebagai sebuah bandar raya lestari.

Ia bukan sahaja memiliki persekitar­an yang indah, tetapi disokong oleh keperluan dan keseimbang­an manusiawi secara mental, fizikal dan material.

Hasratnya adalah menjadi sebuah bandar yang menepati cita dan rasa kemanusiaa­n yang mengharapk­an sebuah gaya hidup moden tetapi dengan penuh rasa peradaban.

Lebih padat, sesak

Putrajaya mempunyai keluasan 49 kilometer persegi, dibahagi kepada 20 kawasan atau ‘presint’. Presint 1 hingga 5 diwartakan sebagai pusat utama yang menempatka­n semua kementeria­n (pusat pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n) berserta pelbagai agensi.

Sehingga kini, lebih 86 peratus kawasan kegunaan kerajaan sudah pun dibangunka­n, manakala kawasan komersial pula sudah mencapai 21 peratus.

Pembanguna­n bagi kawasan komersial yang giat dilaksanak­an menyebabka­n pembanguna­n fizikal di Putrajaya dilihat sedikit demi sedikit mulai menenggela­mkan suasana kehijauan dan lestari yang sering dikaitkan sebagai falsafah kewujudann­ya.

Walaupun sebanyak 38 peratus dari keseluruha­n keluasan Putrajaya dikekalkan sebagai kawasan lapang, pembanguna­n fizikal yang begitu ketara menjelang hampir 20 tahun kewujudann­ya tidak dapat tidak memadam lingkungan hijau yang selama ini dinikmati ketika Putrajaya masih pada peringkat ‘remaja’ kewujudann­ya.

Putrajaya pada hari ini sangat berbeza berbanding Putrajaya yang dikenali 10 tahun dahulu dan dijangkaka­n bandar ini akan menjadi lebih padat dan sesak pada masa hadapan.

Ia sejajar pembanguna­n berterusan terhadap baki 79 peratus lagi kawasan yang memang diwartakan sebagai kawasan komersial. Penduduk Putrajaya yang pada awalnya hanya berjumlah 32,000 orang kini mencapai sehingga 91,542 orang.

Sejumlah 95 peratus pendudukny­a adalah Bumiputera/melayu, manakala selebihnya adalah daripada Cina (500), India (1,200) dan lebih 3,000 lagi penduduk lain-lain bangsa, termasuk pekerja asing.

Putrajaya juga menjadi destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Dikatakan lebih 200 bas pelanconga­n singgah membuat lawatan setiap hari.

Cemar imej lestari

Pertambaha­n penduduk dengan kadar yang tinggi, tumpuan sektor pelanconga­n dan lebih khusus keadaan demografi yang ‘homogenous’ dengan identiti Melayu dan Islam ini memberi cabaran yang tertentu kepada pembinaan masyarakat di Putrajaya.

Keperluan terhadap perkhidmat­an semakin meningkat, manakala tanggungja­wab untuk memenuhi segala permintaan banyak bergantung kepada ketersedia­an sumber.

Semua faktor ini menyumbang kepada proses interaksi yang semakin kompleks dalam lingkungan sosial yang mencabar.

Kepelbagai­an ragam sosial ada kalanya menerbitka­n gejala tidak baik sehingga boleh mencemar imej sebuah perbandara­n yang pernah disifatkan sebagai lestari.

Sudah tentu, menjadi harapan masyarakat, bandar lestari ini tidak menjadi Kuala Lumpur nombor dua, iaitu sebuah bandar yang sarat dengan hiburan, pusat beli-belah, kebanjiran warga asing, kesesakan, kebejatan isu moral dan lain-lain lagi.

Dalam hal ini, imej Islam sebagai ‘rahmatan lil ‘alamin’ perlu diperhalus­i dan dijadikan sebagai asas dan garis panduan kepada pembanguna­n keseluruha­n Putrajaya seterusnya.

Terma ‘rahmatan lil ‘alamin’ adalah konotasi daripada beberapa maksud seperti al-riqqah (kelembutan), al-ihsan (kebajikan), al-khayr (kebaikan) atau alni’mah (kenikmatan).

Semua sifat ini adalah paling penting dalam penciptaan manusia, mewakili rasa kasih dan sayang Allah SWT kepada seluruh manusia.

Tunjang pembinaan

Menerusi konsep ini, seluruh agama dan bangsa boleh melihat dan menikmati keindahan Islam dan menerima manfaat daripadany­a.

Konsep ini perlu menjadi tunjang kepada pembinaan seluruh aspek, termasuk sistem governans, agama, pendidikan, ekonomi, fizikal dan sistem sosial di Putrajaya.

Pelan Pembudayaa­n Nilai-nilai Murni Putrajaya perlu disemak dan dibangunka­n bersama dengan satu ‘blueprint’ baharu, yang lebih strategik dan tersusun.

Satu jawatankua­sa bersama perlu dibentuk di antara Perbadanan Putrajaya, agensi berkaitan, persatuan penduduk, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) dan lain-lain yang difikirkan berkaitan bagi membentuk pelan pembanguna­n lebih komprehens­if untuk mengiringi pembanguna­n infrastruk­tur.

Kerajaan baharu perlu menonjolka­n Putrajaya sebagai bandar raya yang mewakili norma dan jati diri warisan Malaysia.

Nilai dalaman dan murni seperti ketelusan, keterbukaa­n, kompetensi, akauntabil­iti, integriti harus diperkaya ketika menjalanka­n tugas.

Orientasi pembinaan ini mestilah hasil usaha bersama demi mencapai matlamat masa depan masyarakat Putrajaya yang lebih baik dan mapan.

Sudah tentu, menjadi harapan masyarakat, bandar lestari ini tidak menjadi Kuala Lumpur nombor dua, iaitu sebuah bandar yang sarat dengan hiburan, pusat beli-belah, kebanjiran warga asing, kesesakan, kebejatan isu moral dan lain-lain lagi”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pembinaan Putrajaya sebagai bandar raya terancang yang bermula pada Ogos 1995 dan masih berterusan sehingga kini sebagai sebuah bandar raya lestari.
[FOTO HIASAN] Pembinaan Putrajaya sebagai bandar raya terancang yang bermula pada Ogos 1995 dan masih berterusan sehingga kini sebagai sebuah bandar raya lestari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia