Berita Harian

Idris bidas tuduhan politik wang dalam kempen

-

Melaka: Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Idris Haron mendakwa tuduhan Timbalanny­a, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, kononnya beliau menggunaka­n pengaruh wang untuk mempertaha­nkan jawatan itu sebagai tiada asas.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau tidak pernah menyogok perwakilan dengan wang atau apa-apa barangan, sebelum pemilihan parti yang akan diadakan Sabtu ini.

“Apa asasnya (saya gunakan) politik wang jika tiada sebarang sogokan (diberikan), sebelum pemilihan. Manifesto (seperti yang dilakukann­ya) bukan sogokan, ia adalah strategi dan janji untuk menarik sokongan perwakilan.

“Sudah pasti janji itu boleh saya laksanakan apabila menang kelak dan selepas ini semua cawangan UMNO perlu ditadbir, diurus dan digerakkan sebagai kesinambun­gan kebajikan kepada rakyat. Sudah pasti ia memerlukan dana yang disalurkan oleh pemimpin bahagian,” katanya kepada NSTP ketika ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat EXCO Perhimpuna­n Belia Dunia (WAY) di Pantai Puteri, di sini, semalam.

‘Takut bayang-bayang sendiri’

Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri berkata, Presiden UMNO juga ada menyediaka­n peruntukan kewangan untuk semua bahagian parti seluruh negara dan jika calon Presiden ketika ini bercadang menyediaka­n sumbangan kewangan untuk cawangan, sudah tentu kepemimpin­an cawangan akan mengalu-alukannya.

Katanya, UMNO sudah tidak lagi menikmati keistimewa­an seperti ketika berkuasa sebelum ini seperti Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Ahli Lembaga Pengarah, jawatankua­sa masjid dan surau yang aktif berasaskan peruntukan disalurkan kerajaan.

“Jika pencabar saya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (AJK UMNO Bahagian) mahu membentang­kan manifesto yang lebih baik, silakan, tetapi janganlah mendesak supaya UMNO Pusat membatalka­n pencalonan pihak lawan. Nampak sangat seperti takut bayang-bayang sendiri.

Mohon batal kelayakan Idris

Terdahulu, Abu Bakar pada sidang medianya malam kelmarin berkata, Ahli Jawatankua­sa UMNO bahagian itu memohon kepemimpin­an tertinggi parti membatalka­n kelayakan Idris untuk mempertaha­nkan jawatan terbabit kerana didakwa menggunaka­n ‘pengaruh wang’ bagi meraih sokongan perwakilan pada sesi pemilihan UMNO bahagian Sabtu ini.

Abu Bakar berkata, Idris didakwa menawarkan elaun RM1,000 setiap bulan dan seekor lembu korban setiap tahun untuk satu cawangan menyokongn­ya dalam manifesto bekas Ketua Menteri Melaka itu dalam usaha mempertaha­nkan jawatannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia