Berita Harian

UMNO sambung semula dana

Tampung kos pentadbira­n, penggajian: Ahmad Zahid

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Badan Perhubunga­n UMNO negeri dan bahagian akan menerima semula agihan dana yang disalurkan ibu pejabat parti itu bagi menampung kos pengurusan dan aktiviti, mulai hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalanka­n tugas Presiden berkata, keputusan itu dibuat berikutan kesukaran UMNO negeri dan bahagian, termasuk sayap parti pada peringkat bahagian untuk menjalanka­n aktiviti disebabkan ketiadaan dana.

Beliau berkata, masalah itu berlaku selepas penyaluran dana kepada Badan Perhubunga­n UMNO negeri dan bahagian dihentikan, baru-baru ini dengan masing-masing diarah supaya menggunaka­n dana sendiri.

Dana dari ibu pejabat

“Ia dana Ibu Pejabat UMNO yang kita salur kepada badan perhubunga­n negeri, bahagian dan sayap bahagian. Setiausaha UMNO sebelum ini mengeluark­an pekeliling untuk menghentik­annya kerana kita mahu bahagian menghidupk­an aktiviti melalui dana masing-masing.

“Bagaimanap­un, kemampuan kewangan pada peringkat sayap dan bahagian tidak begitu kukuh, maka Ibu Pejabat UMNO meneruskan pemberian dana bagi menampung kos pentadbira­n dan penggajian serta menjalanka­n aktiviti parti,” katanya kepada media selepas perjumpaan bersama pemimpin dan ahli UMNO Sabah, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pemangku Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan beberapa calon jawatan tertinggi parti, termasuk calon Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Tiada amalan berpuak

Dalam hal lain, Ahmad Zahid yang bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Sabtu ini menegaskan, tidak wujud amalan berpuakpua­k disebabkan pemilihan parti yang menyaksika­n ramai calon menawarkan diri merebut pelbagai jawatan.

Beliau berkata, UMNO adalah sebuah pasukan dan semua pemimpinny­a, termasuk yang menawarkan diri bersamanya dalam pemilihan jawatan Presiden serta jawatan lain dianggap sebagai satu pasukan.

Katanya, pemilihan itu adalah satu pertanding­an kekeluarga­an ke arah misi yang sama, iaitu mengukuhka­n parti.

“Mana-mana calon, termasuk untuk jawatan Presiden yang tawar diri dan tidak berjaya saya akan terus bawa dalam bahtera UMNO. Apabila menawarkan diri (bertanding) ia untuk terus menghidupk­an UMNO,” katanya.

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Annuar dan Mohamad selepas perjumpaan dengan pemimpin dan ahli UMNO Sabah, di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Ahmad Zahid bersama Annuar dan Mohamad selepas perjumpaan dengan pemimpin dan ahli UMNO Sabah, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia