Berita Harian

Ku Li syor mohon maaf kepada rakyat

-

Georgetown: Tengku Razaleigh Hamzah akan mencadangk­an supaya setiap peringkat UMNO memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas kesilapan tidak menjalanka­n amanah dengan baik, sehingga menyebabka­n parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi membolehka­n UMNO kembali menjadi relevan dan diterima rakyat.

“Saya nak menganjurk­an supaya kita minta maaf kepada rakyat atas kesilapan kita kerana tidak menunaikan tanggungja­wab sebagai amanah.

“Saya anjurkan minta maaf, dekati mereka, dan ajak mereka balik bersama kita. Kenapa kita tidak boleh minta maaf? Saya rasa mereka akan memaafkan.. Minta maaf kerana kita cuai dengan amanah yang diberikan,” katanya ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra bersama UMNO Pulau Pinang di sini, semalam.

BN masih relevan

Tengku Razaleigh yang bertanding buat kali kedua bagi jawatan Presiden UMNO, selepas kali pertama berbuat demikian pada 1987, berkata, Barisan Nasional (BN) masih relevan walaupun hanya satu parti komponen yang tinggal bersama UMNO.

Malah, katanya, beliau bercadang untuk bertemu dan berunding dengan semua pemimpin parti komponen BN, terutama parti yang sudah meninggalk­an BN.

“Jika saya diberi peluang, saya akan berjumpa dan bercakap dengan semua pemimpin komponen BN. Mengapa mereka buat keputusan ini.

“Allahyarha­m Tun Razak adalah pemimpin yang beri idea untuk tubuhkan Parti Perikatan dan ia dibuat kerana kita semua mahu bersatu tanpa mengira fahaman politik.

“Mungkin mereka ini lost track (sehingga mereka umum keluar parti), kerana kita kalah teruk,” katanya.

Tengku Razaleigh akan berdepan dengan empat pesaing, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalanka­n tugas Presiden UMNO dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pada pemilihan parti itu Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia