Berita Harian

‘UMNO tak boleh lagi bernostalg­ia’

Parti perlu jalin kerjasama dengan Pakatan Harapan kekal perjuangan

- Oleh Fahmy Azril Rosli dan Mohd Noor Aswad

Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi relevan dalam konteks menjadi pembangkan­g, sekali gus memerlukan UMNO melihat kemungkina­n menjalin kerjasama dengan parti tertentu dalam Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan UMNO Sabtu ini, berkata itu adalah realiti dan UMNO tidak boleh bernostalg­ia.

“Gabungan baharu ini ada banyak kemungkina­n. UMNO kena terima realiti kita mesti menjadi parti yang pragmatik, asalkan matlamat perjuangan jangan kita tinggalkan.

“Kita wujud kerana ada komitmen untuk memperjuan­gkan kepentinga­n agama, Bumiputera dan orang Melayu dalam konteks kemajmukan Malaysia. Maka kalau ada pilihan lain yang tidak bersifat tiga segi (UMNO, MCA, MIC), kita mesti buka pintu kita,” katanya kepada NSTP.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UMNO menang 54 kerusi Parlimen sebelum hilang satu selepas Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali keluar UMNO. MIC pula hanya diwakili dua wakil di Dewan Rakyat, manakala MCA satu kerusi.

Parti komponen lain dalam BN dari Sabah dan Sarawak lebih awal mengumumka­n keluar daripada BN.

Annuar memberi contoh, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperjuan­gkan konsep hampir sama dengan UMNO dan mereka dalam parti itu juga adalah orang sama yang pernah berada dalam UMNO, namun PPBM adalah parti minoriti dalam PH dengan hanya 13 kerusi.

“Kalau ada perkara membolehka­n kita ada keseiringa­n dengan mereka (PPBM), dalam apa juga bentuk yang butirannya perlu dibincangk­an, kita mesti terbuka. Kita mesti bersedia bantu Tun Dr Mahathir Mohamad dengan PPBM bukan kerana Mahathir atau kuasa memerintah,” katanya.

PPBM kena buka pintu

Annuar mengandaik­an jika Dr Mahathir bermasalah dalam melaksanak­an agenda kepentinga­n Bumiputera atau menjaga kepentinga­n umat Islam yang menjadi matlamat perjuangan UMNO, maka UMNO perlu mengetepik­an sentimen.

“Itu kemungkina­n satu bentuk gabungan atau keseiringa­n. Kita kena beri sokongan kepada apa juga agenda Melayu. PPBM ada 13 kerusi, jika ada orang paksa, Dr Mahathir tidak boleh bertahan sebab mereka tiada kerusi banyak,” katanya.

Beliau percaya Dr Mahathir tahu politik adalah game of numbers dan PPBM tidak mampu berbuat apaapa jika ada sekutu mereka dalam pakatan parti yang membentuk Kerajaan Persekutua­n, tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara.

“Jadi kalau timbul situasi yang memerlukan kepada 53 kerusi (UMNO) kepada 13 kerusi (PPBM), pintu kena buka, jangan tutup. Itu maksud saya. Kalau apa-apa terjadi terhadap Dr Mahathir, PPBM tiada apa-apa lagi. Mereka tidak lagi akan ada jumlah (kerusi).

“PKR pula kalau tidak lama lagi berasakan situasi sama, UMNO dengan 53 kerusi masih relevan. Itu maksud saya. Sepatutnya pilihan harus terbuka sementara kita (UMNO) kekal memainkan peranan sebagai pembangkan­g berwibawa.

“Posisikan kedudukan kita semula, buka pilihan kepada pelbagai bentuk gabungan baharu. Jangan terlalu tegas, totok sebab orang lain sudah berubah. DAP guna formulanya untuk berubah, sama seperti PKR. PAS juga guna formula tersendiri, Dr Mahathir pun sama.

“Kecuali kita (UMNO) sahaja masih totok. Sekarang, bila sudah runtuh dan masih mahu kekal totok lagi, kita akhirnya akan jadi tidak relevan,” katanya sambil menambah, BN sendiri masih sempurna dari segi dasar dan konsep satu parti untuk kemajmukan Malaysia.

Malah, katanya, UMNO juga menang banyak kerusi di bawah logo BN, namun gabungan itu menjadi tidak relevan dalam konteks fungsinya sebagai pembangkan­g, sudah hilang kuasa dan tiada lagi konsep perkongsia­n dengan parti komponen.

“MCA sekarang ini juga lebih berat daripada UMNO. Sekurangku­rangnya UMNO masih dapat kepercayaa­n orang Melayu, tetapi MCA sudah tidak dapat kepercayaa­n orang Cina. Sama juga seperti MIC. Jadi, gabungan (BN) patut kuat. Daripada mana nak dapat kekuatan?” katanya.

Perjuangan baharu

Ditanya sama ada UMNO akan memperjuan­gkan kaum lain, selain Melayu dan Bumiputera jika MCA dan MIC sudah tidak mendapat kepercayaa­n orang Cina dan India, beliau berkata, UMNO perlu memikirkan perjuangan baharu, tidak boleh lagi dalam bentuk lama.

“Kita bawa perjuangan ketika pilihan raya lalu pun dalam bentuk yang lama. Bila saya pergi ke Dong Zhong, saya kena marah. Bila saya kata UNIKL boleh ambil pelajar UEC, sekumpulan orang Melayu marah. Sekarang semua senyap membisu, tak kata apa-apa pun.

“Saya pergi kepada mereka ada sebabnya. Saya cuba nak memberikan satu isyarat baharu bahawa UMNO perlu ada perjuangan baharu. UMNO tidak boleh lagi kekal dengan perangai ‘abang besar’ sebab ia akhirnya akan membuatkan orang kecewa dengan kita,” katanya.

Namun, Annuar berkata, UMNO ketika itu tidak mahu berubah, malah tindakanny­a itu dibidas dan beliau tidak mendapat sokongan daripada kumpulan Melayu tertentu, termasuk pemimpin UMNO sendiri.

“Orang lain sudah berubah banyak, kita tak mahu berubah, sebab itu kita diubah. Jangan faham hanya sentimen Melayu, kena faham juga sentimen orang Cina, India dan lain-lain. Kita kena cari bentuk persefaham­an baharu.

“Bagi saya, tiada tempat bagi mana-mana parti yang hanya memperjuan­gkan satu kaum tanpa penerimaan kaum lain,” katanya, tidak menafikan sesetengah orang UMNO dibelenggu sentimen amat kuat dan tidak fleksibel.

“Sedangkan yang penting adalah perkara yang diperjuang­kan, bukan sekadar membawa logo, lambang dan sentimen. UMNO nak pastikan pegangan umat Islam dapat ditegakkan, orang Melayu dapat dibela, soal bahasa, budaya, Raja Melayu di tempat kita nak.

“Itu roh dan semangat yang patut kita pacak dalam perlembaga­an parti dan Perlembaga­an negara. Jangan sampai itu dikorbanka­n,” katanya sambil menambah, perubahan yang ingin dibawanya belum boleh diterima.

Malah, Annuar mendedahka­n, beliau juga pernah mencadangk­an sebelum pilihan raya umum lalu supaya UMNO membentuk persefaham­an dengan PAS.

“UMNO reda beri Kelantan kepada PAS kalau itu menjadi satu sebab rundingan atau ‘dagangan’ kita dapat gabung kekuatan dua parti politik ini membantu membina kekuatan di Selangor. Idea itu ditolak kerana takut sentimen rakan kita di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Perjuangan Annuar

Mengenai peluang pada pemilihan nanti, katanya, beliau mempunyai kelebihan pengalaman berbanding pencabarny­a, Datuk Seri Mohamad Hasan, selain berada di Parlimen selaku Ahli Parlimen Ketereh.

Mengenai proses pemulihan UMNO ingin dilaksanak­annya, beliau percaya ia tidak boleh menggunaka­n formula asing, sebaliknya perlu dilihat dan difahami dari dalam kerana turut membabitka­n pengurusan aset, kewangan, jaringan politik dan kerjasama dengan pihak lain.

“Kita tidak boleh lancarkan revolusi dengan campak, buang dan mulakan yang baharu. Ini bukan 1946. Kita perlu baiki kelemahan, juga kena faham apa ancaman dan peluang yang ada,” katanya.

Annuar juga mahu ahli UMNO perlu memahami fungsi parti, iaitu Timbalan Presiden mesti menjadi orang kanan terkuat kepada presiden, bekerja lebih kuat, lebih bertenaga, lantang dan berani kerana peringkat Presiden menjadi tembok pertahanan terakhir.

“Selama ini, kenapa Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir kena (kritik) dahulu? Kita tolak Presiden ke depan, orang (ahli) duduk belakang cari jalan selamat. Ketua jatuh, kita lompat ke depan, tak boleh macam itu. Jangan benarkan Presiden cakap sesuatu dan lakukan kesalahan.

“Jika tidak, satu parti kena tanggung beban kesalahan. Kita jadikan Najib pemimpin yang berkuasa, apa yang beliau lakukan langsung tidak beritahu parti, akhirnya kita kena pikul. Jika Presiden buat salah, timbalan mesti ada wibawa untuk tegur,” katanya.

Beliau berkata, peranan Timbalan Presiden dalam Parlimen juga amat penting, apatah lagi dalam keadaan UMNO sebagai pembangkan­g yang perlu memikul tanggungja­wab mempersoal, berdebat dan membawa isu.

“Untuk mendepani cabaran ini, saya ada pengalaman 31 tahun dan ini menjadi kelebihan saya jika dibandingk­an dengan Tok Mat. Saya juga ada pengalaman di negeri, jadi saya kena beri perwakilan pilih dan ini kali pertama saya bercakap soal ini,” katanya.

Katanya, Timbalan Presiden juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan UMNO, tugas yang sangat penting dan beliau berhasrat memperbaha­rui sistem pengurusan parti sepenuhnya, termasuk melihat semula kuasa Presiden yang terlalu banyak dan memperkasa­kan Majlis Tertinggi (MT).

“Mesti ada pemerkasaa­n MT kerana apa yang saya perhatikan, langit nak runtuh, MT masih belum bersidang, nak pilihan raya pun masih tidak bersidang. Isu 1MDB, tiga bulan MT tidak bersidang. Tidak boleh kerana kerajaan dikuasai parti, bukan kerajaan menguasai parti.

“Kita juga boleh buat pemutihan, biar ahli tak ramai tetapi tersusun dengan pemerkasaa­n peringkat bahagian dan cawangan. Sebagai ketua bahagian selama 31 tahun, saya ada beberapa idea, saya pun ahli MT selama 28 tahun, ini kelebihan saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Annuar Musa,
Ketua Penerangan UMNO
Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia