Berita Harian

Beri inspirasi sedarkan rakyat bangkit sayangi UMNO

-

Peranan paling penting selaku Timbalan Presiden, katanya, mesti aktif menjelajah seluruh negara dan bahagian memberi inspirasi kepada rakyat dan ahli untuk bangun serta sedar agar dapat bangkit menyayangi parti.

Beliau juga menyasarka­n usaha pentarbiah­an dengan lebih agresif untuk mendapatka­n kembali kekuatan UMNO bagi tempoh tiga atau empat tahun akan datang menerusi program tarbiah dan pengkadera­n yang sesuai.

UMNO juga, katanya, perlu membina jaringan untuk menjadi pembangkan­g yang kuat dan beliau mahu menjadi faktor menggarap penyatuan yang sudah terburai, hilang keyakinan diri dan kemurungan politik selepas ahli meninggalk­an parti.

Sementara itu, Annuar menegaskan, tiada tuduhan dikemukaka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapny­a berkaitan pembelian bangunan MARA di Australia selain isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan oleh anak syarikat agensi berkenaan.

“Kes bangunan MARA di Australia sebelum saya jadi Pengerusi MARA. Bila MARA dituduh, saya sukarela pergi SPRM serahkan dokumen dan minta disiasat. Begitu juga soal penajaan pasukan bola sepak Kelantan. SPRM tidak panggil, saya pergi pejabat SPRM,” katanya.

Mengenai calon Presiden UMNO, Annuar berkata, Tengku Razaleigh Hamzah adalah sahabat baiknya dan membawanya masuk ke dalam arena politik.

Minta Ku Li jadi Presiden UMNO

“Sebelum Ku Li cakap mahu bertanding (Presiden UMNO), sayalah orang yang pergi ke rumahnya dengan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) pada Ramadan lalu, minta dan tanya beliau sanggup atau tidak menjadi Presiden UMNO.

“Maka Ku Li bukan orang yang saya benci. Saya pun sudah tengok beliau orang yang patut dipertimba­ngkan sebagai Presiden UMNO. Waktu itu beliau beritahu kepada saya, beliau tidak mahu.

“Beliau kata, bagaimana ( jika) beliau ambil jawatan tanpa bertanding?,” katanya.

Beliau mendedahka­n, Ku Li menyuruhny­a bertanya kepada Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi sebelum kedua-dua pemimpin berkenaan mengadakan pertemuan empat mata, namun gagal mencapai kata sepakat.

“Ku Li ada positif dan ada juga negatif. Saya juga kawan baik Zahid dan antara orang yang menjadi saksi sewaktu Najib mengambil keputusan nak serahkan (jawatan Presiden) kepada Zahid. Hanya ada lapan biji mata waktu itu,” katanya.

Annuar berkata, Zahid ada kekuatan tertentu yang tidak ada pada Ku Li, manakala seorang lagi calon Presiden, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sangat rapat dengannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia