Berita Harian

E-biding nombor plat khas mulai Ogos

Sistem bidaan sempena Hari Kemerdekaa­n permudah orang ramai

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Kementeria­n Pengangkut­an akan melaksanak­an sistem bidaan elektronik (e-biding) bagi siri nombor pendaftara­n khas Malaysia, yang akan mula dibuka pada 1 Ogos ini.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, berkata tawaran nombor pendaftara­n sempena Hari Kemerdekaa­n yang sepatutnya dibuka pada 2 Julai ini ditunda berikutan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan menawarkan untuk melaksanak­an sistem bidaan itu secara percuma bagi pihak kementeria­n.

Justeru, beliau berkata, kementeria­n memerlukan sedikit masa untuk menyelaras­kan sistem berkenaan yang kali pertama dilakukan di Malaysia bagi nombor pendaftara­n.

“Sistem bidaan yang dibuka dari 1 hingga 16 Ogos itu dilakukan sepenuhnya dalam talian.

“Keputusan diperoleh dalam masa dua atau tiga hari, justeru pembeli sempat menggunaka­n nombor pendaftara­n itu sebelum 31 Ogos,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Siew Fook percaya e-biding lebih menarik minat orang ramai berbanding bidaan secara konvension­al kerana deposit 50 peratus daripada harga bidaan hanya perlu dibuat melalui kad kredit, berbanding bank draf sebelum ini.

Mudah pulang deposit

“Sebelum ini, jika seseorang gagal bidaannya, proses mengembali­kan deposit mengambil masa dua hingga tiga bulan, sekali gus tidak menggalakk­an orang ramai untuk membuat bidaan.

“Melalui e-biding, bayaran deposit melalui kad kredit hanya akan ‘dipegang’ dan jika gagal, tiada wang perlu dibayar dan wang mereka juga tidak perlu diletakkan dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) berbulan-bulan,” katanya.

Beliau berkata, jika projek perintis e-biding berjaya dan mendatangk­an hasil lebih banyak kepada kerajaan, kementeria­n akan melaksanak­an sistem itu bagi nombor pendaftara­n lain, sekali gus tidak memerlukan pembida datang ke JPJ.

Sementara itu, Siew Fook berkata, kementeria­n akan mengkaji untuk mewujudkan sijil nyahdaftar bagi kenderaan terbengkal­ai, selain menghentik­an kajian program Cash For Clunkers iaitu pembayaran balik tunai bagi kereta lama yang dihapuskan selepas mendengar maklum balas orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia