Berita Harian

CEO GLC ditahan siasatan seleweng tender RM300J

Suspek dipercayai salah guna kuasa memanipula­si proses projek pembinaan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan tender bernilai kirakira RM300 juta.

Suspek berusia 59 tahun itu ditahan di syarikat berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Ia bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya yang bernilai kirakira RM300 juta.

Sumber berkata, suspek dipercayai menyalahgu­na kuasanya bagi memanipula­si beberapa proses projek pembinaan yang sedang dijalankan.

Kontraktor pengganti ada kepentinga­n

“Projek itu dianugerah­kan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, kontraktor terbabit gagal melaksanak­annya.

“Namun siasatan awal mendapati situasi itu berkemungk­inan dirancang awal apabila kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentinga­n dengan suspek itu kemudianny­a terbabit dalam projek itu,” katanya.

“Ia kemudian diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentinga­n dengan Datuk terbabit dan perkara itu dipercayai memang sudah dirancang dari awal,” katanya.

Difahamkan, SPRM turut melakukan serbuan ke tiga lokasi di sekitar Lembah Klang bagi mendapatka­n dokumen berkaitan kes itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n mengenai penahanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia