Berita Harian

Bapa rayu bantuan bedah anak di China

Pembantu am tak mampu sedia RM200,000 kos pembedahan bayi hidap penyakit hati kronik

- Oleh Adnan Ibrahim

“Hanya sebulan lagi tarikh pembedahan­nya di China, namun kami masih tidak mempunyai dana untuk menampung kos pembedahan,” kata Mohd Fairus Misroh, 37, mengenai usahanya untuk mendapatka­n perbelanja­an anak keduanya, Mohd Faiz Naufal, 10 bulan, yang menghidap penyakit hati kronik.

Mohd Fairus yang bekerja sebagai Pembantu Awam di Kem Mahkota, dekat sini, berkata, penyakit yang dihidapi oleh anak bongsu daripada dua beradik itu mula dikesan ketika berusia dua bulan sebelum mendapatka­n rawatan susulan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang dan Hospital Sultanah Aminah (HAS) di Johor Bahru.

Kesihatan anak kian teruk

Katanya, berikutan keadaan kesihatan yang semakin teruk, kini anaknya itu mendapatka­n rawatan doktor pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditawarkan membuat proses pemindahan hati di sebuah hospital di China dengan kos kira-kira RM200,000.

“Di mana saya nak mendapatka­n duit sebanyak itu, sedangkan gaji bulanan hanya mampu untuk menampung kos perbelanja­an harian keluarga serta perubatann­ya di PPUM.

“Justeru itu, saya mengharapk­an simpati orang ramai untuk membantu merealisas­ikan proses pembedahan anak kamiyang mana sebahagian hati yang akan didermakan adalah daripada saya sendiri,” katanya kepada NSTP ,di sini, semalam.

Tak tahu saluran hubungi Kementeria­n Pertahanan

Mohd Fairus berkata, pihak PPUM juga ada memberikan satu surat pengesahan mengenai penyakit anaknya itu untuk disampaika­n kepada pihak Kementeria­n Pertahanan namun tidak tahu kepada siapa dan saluran mana harus berhubung.

“Masalah ini juga saya maklumkan kepada pihak Markas 7 Briged di Kem Mahkota dengan mengharapk­an dapat membantu saya mendapatka­n dana secukupnya dan dipercayai usaha terbabit sedang giat dilaksanak­an.

“Saya berasakan ini adalah jalan terakhir untuk mendapatka­n seberapa banyak dana yang termampu, mereka yang bersimpati boleh menghubung­i saya di talian 0127484347,” katanya.

Mohd Fairus yang juga anak peneroka FELDA Ulu Penggeli turut berharap pihak pengurusan FELDA ikhtiarkan sedikit dana untuk membantu keluargany­a kerana masa yang tinggal untuk proses pembedahan­nya hanya tinggal kira-kira 33 hari lagi.

Orang ramai juga boleh membantu dengan menyalurka­n derma terus ke akaun Maybank 1011600108­04.

 ?? [FOTO ADNAN IBRAHIM/BH] ?? Mohd Fairus menunjukka­n surat pengesahan penyakit Mohd Faiz Naufal yang dikeluarka­n oleh PPUM ketika ditemui di Kluang, semalam.
[FOTO ADNAN IBRAHIM/BH] Mohd Fairus menunjukka­n surat pengesahan penyakit Mohd Faiz Naufal yang dikeluarka­n oleh PPUM ketika ditemui di Kluang, semalam.
 ??  ?? Mohd Faiz Naufal
Mohd Faiz Naufal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia