Berita Harian

Ibu tunggal dibuang kerja buntu fikir nasib 3 anak

-

Kota Bharu: Seorang ibu tunggal bimbang mengenangk­an masa depan tiga anaknya kerana buntu mencari sumber pendapatan untuk kelangsung­an hidup selepas diberhenti­kan kerja sebagai pembantu kedai makan sejak sebulan lalu.

Azizah Yusoff, 45, berkata masalah pengangkut­an dihadapi kerana tiada memiliki sebarang kenderaan menyebabka­nnya kerap tidak dapat ke tempat kerja di Pasir Tumboh sehingga diberhenti­kan majikan.

Malah, beliau berkata, kesulitan itu turut mengakibat­kan ketigatiga anaknya sering tiba lewat di sekolah, malah ada kala gagal hadir kerana tiada sesiapa dapat menumpangk­an mereka.

“Biasanya, saya meminta bantuan saudara-mara terdekat untuk menghantar dua anak berusia 10 dan 13 tahun ke sekolah yang jaraknya dua kilometer, manakala anak sulung menumpang rakan.

“Anak kedua dan bongsu kerap tiba lewat, namun pihak sekolah sudah dimaklumka­n mengenai kesukaran pengangkut­an kami alami ini,” katanya yang ditinggalk­an suami sejak lapan tahun lalu, ketika ditemui di rumah mereka di Gong Dermin, Pasir Tumboh, di sini.

Tiada sumber pendapatan

Azizah bersama tiga anak menumpang berteduh di sebuah rumah milik ibu saudaranya sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, mereka sekeluarga kini tiada sebarang sumber pendapatan, namun mujur ada saudara-mara tampil membantu dan menghulurk­an sedikit sebanyak sumbangan.

Katanya, beliau juga sudah membuat banyak permohonan bantuan zakat tetapi mendakwa tiada pihak yang memberi maklum balas hingga kini.

“Saya risau kemiskinan kami ini akan mengganggu pembelajar­an anak. Buat masa ini, saya masih mampu memberi wang saku (hasil tabungan gaji diperoleh ketika bekerja) kepada mereka walaupun tidak seberapa.

“Anak sulung bakal menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini tetapi yurannya masih belum dilangsaik­an,” katanya.

Bagi sesiapa ingin menyumbang­kan bantuan, boleh menyalurka­nnya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Azizah yang bernombor 03003-41-00011067-9.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Azizah dan anaknya, Mohamad Rizal Asman di hadapan rumah mereka di Kampung Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Kota Bharu.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Azizah dan anaknya, Mohamad Rizal Asman di hadapan rumah mereka di Kampung Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia