Berita Harian

Kegiatan korek pasir punca tanah kubur ‘hilang’

Perkuburan dikhuatiri lenyap disebabkan runtuhan, hakisan

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Kegiatan mengorek pasir di Sungai Saribas, di sini, sejak beberapa tahun lalu dikenal pasti punca utama hakisan di sebuah tanah perkuburan berhampira­n.

Difahamkan, aktiviti itu dijalankan syarikat berlesen tetapi dikhuatiri boleh melenyapka­n tanah perkuburan lama berkenaan jika ia gagal mematuhi garis panduan alam sekitar yang ditetapkan.

Tinjauan NSTP di lokasi kejadian mendapati ratusan kubur di Tanah Perkuburan Islam Seruai, yang terletak di tebing sungai berkenaan hanya menunggu masa untuk runtuh.

Malah, beberapa kubur lama juga didapati mengalami kerosakan teruk akibat masalah hakisan itu, selain ada yang sudah pun berada dalam sungai.

Ketua Kampung Balingan, Hasbi Akil Ali, berkata cukup menyedihka­n melihat keadaan terkini di tanah perkuburan berkenaan yang sepatutnya dipulihara.

Kubur ‘hilang’ dari lot asal

“Kita mendapat tahu masalah ini berlaku ketika datang membersihk­an kubur pada Ramadan lalu. Saya terkejut apabila mendapati kubur nenek, bapa saudara dan abang ‘hilang’ dari lot asalnya.

“Kubur anggota keluarga saya ‘dibawa’ oleh runtuhan tanah, begitu juga puluhan lot kubur lain. Malah, lokasi runtuhan juga kini menjangkau jarak 50 meter dari tebing sungai,” katanya.

Beliau bimbang sekiranya tindakan segera tidak diambil, tanah perkuburan itu akan ‘lenyap’ disebabkan runtuhan berkenaan.

Katanya, tanah perkuburan Islam itu antara yang terawal wujud di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas.

Ia juga tanah perkuburan berpusat yang membabitka­n penduduk Islam Spaoh, Bungin, Serembang, Mangut, Supa, Medang, Balingian, Sebemban, Tanjung Assam dan Kampung Buda.

Tiada tindakan diambil

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan, berkata masalah itu sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun tiada tindakan diambil agensi berkaitan.

“Hakisan kian serius berikutan kegiatan mengorek dan menyedut pasir di sungai berkenaan, tidak jauh dari tanah perkuburan ini.

“Ketika majlis pengebumia­n penduduk baru-baru ini, kita melihat keadaan amat menyedihka­n apabila begitu banyak kubur yang terletak di tebing sungai hilang dalam runtuhan tanah,” katanya.

Katanya, kegiatan mengorek dan menyedut pasir itu dipercayai menjejaska­n struktur tanah dan geoteknika­l di kawasan berhampira­n aktiviti itu dijalankan.

“Penduduk setempat, terutama yang mendiami kawasan berhampira­n tebing sungai turut menyatakan kebimbanga­n masalah itu boleh menjejaska­n penempatan dan keselamata­n mereka,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PKR] ?? Aktiviti mengorek pasir di Sungai Saribas, dipercayai punca utama berlaku hakisan sehingga menyebabka­n kerosakan teruk di Tanah Perkuburan Islam Seruai.
[FOTO IHSAN PKR] Aktiviti mengorek pasir di Sungai Saribas, dipercayai punca utama berlaku hakisan sehingga menyebabka­n kerosakan teruk di Tanah Perkuburan Islam Seruai.
 ??  ?? Hakisan dan tanah runtuh menenggela­mkan sebahagian kubur lama.
Hakisan dan tanah runtuh menenggela­mkan sebahagian kubur lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia