Berita Harian

Nuar Ayam kena hukum gantung

-

Kota Bharu: Nuar Ayam yang terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah di negeri ini, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam kerana membunuh pemilik kedai peralatan binaan, di Bachok, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache mengenakan hukuman itu terhadap Anuar Muhamad, 40, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktika­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melepaskan tembakan dengan niat untuk menyebabka­n kematian, Mustaffa Sidik, 52, di sebuah kedai peralatan binaan di Beris Lalang, Bachok, jam 5.50 petang, pada 5 Februari 2015.

Kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shaharaliz­a Ab Razak dan tertuduh diwakili peguam bela, Nordiana Mohd.

Ahmad dalam penghakima­nnya berkata, pembelaan tertuduh bersifat penafian sematamata dan mendapati tertuduh bersama dua lelaki berada di lokasi kejadian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Tertuduh lepas tembakan

“Mahkamah mendapati tertuduh berada di tempat kejadian dan melepaskan tembakan hingga menyebabka­n kematian.

“Mahkamah berpuas hati dengan pengenalan identiti, mahkamah sabitkan tertuduh dengan kesalahan dan jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Itu keputusan mahkamah dan awak masih ada peluang untuk merayu di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Pada 18 September tahun lalu, dua ahli geng Nuar Ayam iaitu Wan Alif Wan Mohamad, 28 dan Wan Amri Firdaus Wan Ghazali, 30, dipenjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi, selepas mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpula­n dengan parang di kedai peralatan binaan yang sama.

Nuar Ayam menjadi penjenayah yang paling dikehendak­i polis Kelantan kerana pembabitan dalam 23 kesalahan jenayah samun, pemerasan dan rogol.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] ?? Nuar Ayam diiringi anggota polis selepas hadir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Nuar Ayam diiringi anggota polis selepas hadir di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia