Berita Harian

Rafizi akan kemuka representa­si kepada AGC

Tindakan diambil agar pihak pendakwaan pertimbang tarik balik pertuduhan

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, akan mengemukak­an representa­si kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula tuduhan menyiarkan artikel mengandung­i tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) yang dihadapiny­a.

Peguam Nik Zarith Nik Moustpha yang mewakili Mohd Rafizi, memaklumka­n kepada Majistret Umzarul An-nur Umar bahawa representa­si berkenaan juga adalah bagi pihak pendakwaan menimbangk­an untuk menarik balik tuduhan itu.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Mahkamah Majistret di sini, semalam, Nik Zarith berkata, pihaknya akan mengemukak­an representa­si itu secepat mungkin kepada AGC.

Kemuka hujah 30 Julai ini

Dalam prosiding itu, mahkamah menetapkan tarikh 30 Julai depan untuk pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukak­an hujahan masingmasi­ng, serta 28 Ogos untuk keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Mohd Rafizi didakwa menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 20092015’ dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Februari 2016, mengandung­i tohmahan terhadap TH yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Mohd Rafizi didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada jam 9 pagi 18 Februari 2016.

Pertuduhan terhadapny­a adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia