Berita Harian

Perlu berani merentasi mazhab: Mufti Pulau Pinang

-

Kuala Lumpur: Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata kerajaan perlu bersifat terbuka dengan mengguna pakai pendekatan mazhab lain dalam Al Sunnah Wal Jamaah bagi menyelesai­kan isu nasional berkaitan Islam.

Beliau berkata, penyelesai­an sesuatu isu kini mungkin boleh diperoleh daripada tiga mazhab lagi selain Syafie.

“Walaupun di dunia Melayu ini, Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand mengamalka­n mazhab Syafie, ia tidak melarang kita memanfaatk­an pandangan mazhab lain.

“Kebenaran ada di mana-mana dan sebagai umat Islam, kita yakin kerana Islam memberi penyelesai­an kepada semua isu kemanusiaa­n. Oleh itu, kita perlu membuka minda.

“Kadang-kadang, penyelesai­an itu ada pada mazhab lain. Justeru, kita perlu berani merentasi mazhab dan tidak terhad kepada satu mazhab semata-mata,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), di sini, semalam.

Mengulas mengenai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula, Wan Salim berkata, agensi itu perlu dikekalkan dan ditambah baik bagi menyelaras­kan isu Islam pada peringkat nasional.

Kekalkan JAKIM

“Pada pertemuan dengan MPK, mereka tidak terlalu menyentuh mengenai JAKIM tetapi lebih kepada fatwa dan mazhab. Bagi saya, JAKIM perlu dikekalkan supaya menyelaras hal berkaitan Islam.

“Yang penting, JAKIM tidak dipolitikk­an,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangk­an supaya kerajaan melaksanak­an konsep Islam yang lebih adil dan menyeluruh selaras aspirasi Malaysia baharu.

“Banyak perbincang­an dilakukan, antara lain mengenai pendekatan Islam yang lebih adil untuk semua pihak bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia