Berita Harian

Ramai suri rumah lapor kegiatan pusat urut

-

Kuala Lumpur: Bertindak atas aduan orang awam, termasuk suri rumah mengenai kewujudan premis urut refleksolo­gi yang menawarkan khidmat seks, Jabatan Imigresen membuat serbuan dan menahan 29 pelayan pelanggan dari pelbagai negara dalam serbuan serentak di Ampang di sini dan Puchong, Selangor, awal pagi semalam.

Seramai tujuh lelaki warga asing turut ditahan dalam serbuan itu kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen, manakala lima warga tempatan yang juga majikan kepada GRO terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Putrajaya berkata, kewujudan rumah urut menimbulka­n kegusaran kepada orang awam, malah isteri juga turut membuat aduan kerana aktiviti itu antara faktor keruntuhan institusi kekeluarga­an.

“Sehubungan itu, Bahagian Operasi JIM Putrajaya menjalanka­n operasi dan pemeriksaa­n di dua pusat urut yang menawarkan khidmat tukang urut wanita warga asing secara serentak.

“Satu di Jalan Ampang, di sini, manakala satu lagi di Pusat Bandar Puchong, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

29 wanita, 7 lelaki warga asing ditahan

Beliau berkata, 29 wanita dan tujuh lelaki warga asing dari pelbagai negara ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan Imigresen hasil daripada pemeriksaa­n itu.

“Turut ditahan lima wakil dan majikan warga Malaysia bagi membantu siasatan. Semua tahanan ditempatka­n di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Menurutnya, banyak aduan awam diterima berhubung kewujudan premis pusat urut yang menawarkan khidmat wanita warga asing sebagai tukang urut malah, ada juga yang beroperasi sebagai pusat kesihatan keluarga dan aktivitiny­a disyaki turut juga menawarkan kegiatan tidak bermoral.

“Masalah sosial dan keruntuhan institusi keluarga juga mengundang kepada peningkata­n aduan diterima kebanyakan daripada orang awam yang terdiri dari suri rumah serta individu yang prihatin.

“Sekali lagi JIM mengucapka­n terima kasih kepada orang awam yang menyalurka­n aduan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia