Berita Harian

Wanita rugi RM56,000 ditipu sindiket peminjam wang haram

-

Kuala Lumpur: Seorang perunding perniagaan kerugian RM56,000 selepas dipercayai ditipu sindiket peminjam wang haram berhubung pinjamanny­a.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Vivian, 26, berkata dia membuat pinjaman RM150,000 bagi membiayai kos perubatan bapanya yang mengidap kanser.

“Saya dihubungi seorang lelaki bernama Jackson dan mengatakan pinjaman saya sudah diluluskan tetapi perlu membayar cukai yang sudah ditetapkan.

Cukai RM56,000

“Terdapat pelbagai cukai yang perlu saya jelaskan, termasuk cukai bank, cukai perkhidmat­an dan yuran servis yang berjumlah RM56,000,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Vivian berkata, dia berasa tertipu apabila selepas menjelaska­n cukai dan yuran perkhidmat­an berkenaan, wang pinjamanny­a masih tidak dapat dikeluarka­n.

Beri pelbagai alasan

“Mereka memberi pelbagai alasan, malah sindiket terbabit turut meminta bayaran tambahan sebagai syarat kelulusan pinjaman.

“Selepas berasa tertipu, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata pihaknya meminta orang ramai supaya berhati-hati dalam memohon pinjaman, terutama syarikat menjalanka­n pinjaman wang haram.

“Kes ini boleh dianggap sebagai penipuan kerana wang yang dipinjam tidak diterima malah pemohon perlu membayar sejumlah wang yang besar kepada syarikat berkenaan,” katanya.

 ??  ?? Chong bersama Vivian (kiri) menunjukka­n gambar suspek yang menipunya berhubung wang pinjaman syarikat pinjaman berlesen, semalam.
Chong bersama Vivian (kiri) menunjukka­n gambar suspek yang menipunya berhubung wang pinjaman syarikat pinjaman berlesen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia