Berita Harian

MTDC Kerajaan mampu capai sasaran defisit 2.8 peratus

Sasar lulus dana RM100 juta Penganalis­is yakin prestasi kewangan tanpa GST

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan mampu mencapai sasaran penguranga­n defisit kepada 2.8 peratus tahun ini meskipun kehilangan pendapatan susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), demikian mengikut penganalis­is dari bank pelaburan.

Bagaimanap­un, kemampuan kerajaan untuk terus mencapai sasaran penurunan berterusan defisit untuk tahun mendatang, kekal tidak menentu.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) percaya sasaran defisit bajet 2.8 peratus boleh diraih dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), pendapatan daripada harga minyak mentah global yang tinggi, dividen lebih baik daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta penguranga­n perbelanja­an kerajaan.

Bank pelaburan itu berkata, janji manifesto kerajaan semasa sedang dilaksanak­an, termasuk mengenakan GST sifar, menetapkan harga petrol dan mengkaji semula projek infrastruk­tur mega.

Sementara langkah berkenaan dijangka merangsang penggunaan dalam jangka sederhana, ia berkata, kerajaan dijangka berdepan kerugian pendapatan sebanyak RM21 bilion yang mana dijangka diimbangi oleh pengenalan semula SST (RM4 bilion); mendapat bayaran dividen tinggi daripada syarikat berkaitan kerajaan GLC (RM5 bilion); peningkata­n pendapatan minyak (RM5.4 bilion) dan mengkaji semula, membatalka­n dan berunding semula sekurang-kurangnya RM10 bilion projek.

Bukti kerajaan komited

Katanya, meskipun bukan mudah untuk mengenal pasti dan mengurangk­an perbelanja­an kerajaan sebanyak RM10 bilion dalam jangka pendek, HLIB lega dengan komitmen kerajaan itu.

“Kerajaan berkata bajet (kerajaan terdahulu) dalam Jabatan Perdana Menteri (PMD) ‘mengelembu­ng’, jadi bajet alternatif bagi jabatan itu dikurangka­n kepada RM8.4 bilion berbanding RM17.4 bilion (sebelum ini).

“Bagaimanap­un, langkah baru-baru ini yang diumumkan untuk mengurangk­an pembaziran dalam kementeria­n hanya berjumlah RM1.6 bilion. Potensi penguranga­n dalam jabatan berkenaan adalah termasuk agensi yang diwujudkan atau bertindih di bawah pentadbira­n sebelum ini (RM800 juta).

“Bagi mencapai penjimatan RM10 bilion, beberapa perbelanja­an pembanguna­n dalam PMD (Projek Khas, Projek Mesra Rakyat, Dana fasilitasi) perlu dilihat semula,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

HLIB berkata, pemindahan GST kepada SST sepatutnya positif untuk kuasa beli.

Ia berkata, langkah itu adalah positif bagi pengguna, malah sebelum pemansuhan GST, terdapat petunjuk yang memberangs­angkan dengan pertumbuha­n penggunaan swasta pulih daripada paras rendahnya yang dicatatkan sekitar 2015-2016.

Perkukuh fiskal

“Pertumbuha­n jualan runcit juga meningkat semula ke paras pra2015 GST dan Indeks Sentimen Pengguna (CSI) suku pertama 2018 sebanyak 91, paras tertinggi pasca GST,” katanya.

HLIB berkata, defisit fiskal negara adalah 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2018, dipacu pertumbuha­n dua angka dalam pendapatan dan penguranga­n dalam perbelanja­an operasi yang diimbangi peningkata­n perbelanja­an pembanguna­n.

Melangkah ke hadapan, jelasnya kerajaan dijangka terus meningkatk­an kedudukan fiskal untuk mencapai purata 2.8 peratus daripada KDNK bagi keseluruha­n tahun ini.

“Corak defisit fiskal tinggi pada separuh pertama dan defisit rendah pada separuh kedua juga dilihat pada 2016 dan 2017 untuk mencapai sasaran defisit keseluruha­n tahunan,” katanya.

tempatan sentiasa bersedia dan meningkatk­an keupayaan mereka.

“MTDC sudah memberi dana kepada 10 syarikat bagi meningkatk­an keupayaan mereka menghadapi Industri 4.0 dan menjangkak­an bagi fasa kedua, sebanyak 10 syarikat lagi bakal menerima dana itu.

Ikut keperluan syarikat

“Jumlah dana yang diberikan kepada setiap syarikat bergantung kepada keupayaan dan keperluan mereka di antara RM3 juta hingga RM5 juta,” katanya selepas merasmikan MTDC Reunites 2018 di Putrajaya, semalam.

Norhalim berkata, dengan kemunculan Industri 4.0 di Malaysia, syarikat kecil dan sederhana perlu mengadapta­si dan menyesuaik­an diri bagi kekal relevan dalam pasaran.

Beliau berkata, adaptasi menyeluruh penggunaan automasi dan kemajuan teknologi dapat menghapusk­an pembaziran, memberikan kos yang lebih rendah, meningkatk­an asas pelanggan serta peningkata­n di atas persaingan

“MTDC sentiasa menekankan syarikat yang ingin beralih kepada Industri 4.0 tidak perlu menukar keseluruha­n kapasiti mereka tetapi hanya perlu menjalanka­n peningkata­n menaik taraf.

“Kita perlu gerakkan sebanyak mungkin syarikat dalam penggunaan automasi. Ada beberapa sektor sudah berada pada tahap industri 3.0 dan tiada masalah untuk bergerak ke Industri 4.0.

“Tetapi masih banyak lagi syarikat yang perlu adaptasi dan meningkatk­an keupayaan mereka seperti sektor pembuatan perabot, makanan, pertanian dan akuakultur,” katanya.

Mengenai MTDC Reunites 2018 pula, Norhalim, berkata acara tahunan MTDC itu adalah untuk memupuk dan menyediaka­n platform bagi hubungan kerja yang produktif dan rangkaian strategik di kalangan semua syarikat dalam ekosistem MTDC.

Norhalim berkata, Reunites 2018 disertai lebih 100 syarikat dan memberikan fokus kepada tiga agenda utama iaitu Industri 4.0, peningkata­n keupayaan dan robotik.

“Kami menggalakk­an usahawan tekno (technopren­eurs) sentiasa menyertai program kami kerana ia memberikan peluang meningkatk­an rangkaian dan berkongsi strategi serta kejayaan dalam menjadikan usahawan tekno lebih berdaya saing,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Norhalim beramah mesra dengan peserta pada majlis MTDC Reunites 2018 di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Norhalim beramah mesra dengan peserta pada majlis MTDC Reunites 2018 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia