Berita Harian

T7 Global yakin bisnes tak terjejas

Pelaburan teras perkukuh operasi syarikat

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

T7 Global Bhd menegaskan syarikat itu tidak akan terjejas dengan khabar angin atau berita berkaitann­ya kebelakang­an ini dan yakin prestasi kewanganny­a akan terus meningkat menerusi perniagaan terasnya di dalam segmen gas dan minyak (O&G), aeroangkas­a, pembinaan dan infrastruk­tur.

Syarikat itu dalam satu kenyataan semalam turut menjelaska­n bahawa kemasukan Tan Sri Vincent Tan ke dalam syarikat itu secara dasarnya adalah sebagai pelabur pasif berikutan kedudukan baik T7 Global di dalam industri perkhidmat­an O&G.

Katanya, kumpulan itu juga memahami alasan Tan melepaskan peganganny­a sebagai pelabur di dalam T7 Global dan yakin perkara itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada prestasi perniagaan dan kewanganny­a.

O&G teras syarikat

“T7 Global mengalu-alukan rundingan semula projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan berhasrat untuk menyertai projek ini. Sehingga hari ini, masih belum ada kontrak yang dianugerah­kan kepada kumpulan dan kami masih menunggu semakan semula kerajaan terhadap keseluruha­n projek,” katanya.

Mengulas lanjut syarikat itu berkata ketika ini, perniagaan teras syarikat adalah masih dalam industri O&G, yang menyumbang 90 peratus kepada pendapatan keseluruha­n kumpulan.

“Syarikat mula memasuki perniagaan aeroangkas­a pada tahun lalu dan terbabit dengan perniagaan pembinaan dan infrastruk­tur pada awal tahun ini.

“Segmen aeroangkas­a, pembinaan dan infrastruk­tur melambangk­an usaha syarikat untuk mempelbaga­ikan sumber pendapatan­nya dan mahu meningkatk­an potensi keuntungan­nya.

“Pembinaan kilang rawatan logam bagi perniagaan aeroangkas­a disasarkan siap dibina pada akhir tahun ini dan kumpulan yakin yang segmen ini akan mampu menyumbang kepada pendapatan dan perolehan kumpulan pada 2019,” katanya.

Jual kepentinga­n

Kelmarin, Tan memutuskan untuk menjual semua kepentinga­nnya dalam T7 Global susulan terdapat laporan dikatakan tidak tepat dalam berita dan media sosial mengenai tindakanny­a membeli 21 juta saham syarikat itu, barubaru ini.

Dalam satu kenyataan media, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya itu berkata, beliau sudah pun menjual sebahagian sahamnya dalam T7 Global bermula kelmarin dan akan menjual keseluruha­nnya dalam tempoh selanjutny­a.

Beliau berharap, tindakanny­a itu akan mengakhiri sebarang kontrovers­i selanjutny­a mengenai isu terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia