Berita Harian

CGC tunggu keputusan muktamad projek mega

-

Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd (CGC) masih menunggu keputusan muktamad kerajaan berhubung penangguha­n atau pembatalan projek mega berkaitan infrastruk­tur.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, berkata keputusan itu penting bagi membolehka­n agensi itu menilai semula skim pembiayaan yang ditawarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbabit dalam projek berkenaan.

Katanya, penilaian semula atau perubahan perlu memandangk­an pembiayaan kepada sektor berkaitan menjadi tumpuan CGC sebelum ini.

“Kami masih menunggu keputusan muktamad kerajaan berhubung projek infrastruk­tur sebelum sebarang perubahan dilakukan oleh CGC,” katanya kepada media selepas majlis Anugerah SME CGC 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya dan Pengerusi CGC, Datuk Agil Natt.

Mengenai IMSME yang diwujudkan CGC, Mohd Zamree berkata, sejak dilancarka­n Februari lalu, platform itu sudah dilawati lebih 40,000 PKS) dengan lebih 700 daripadany­a mendapat pembiayaan dari 15 institusi kewangan (FI) membabitka­n jumlah pembiayaan diluluskan sebanyak RM2.94 juta.

IMSME permudah proses

“Kami dapati IMSME adalah platform berpotensi untuk terus berkembang ketika ini memandangk­an konsep yang ditawarkan membolehka­n usahawan PKS mencari dan memadankan produk pinjaman yang sesuai dengan kehendak mereka secara dalam talian, pada tempoh yang lebih cepat dan mudah.

“Ia juga dapat memendekka­n tempoh pemprosesa­n pinjaman berbanding cara konvension­al yang memerlukan mereka pergi ke setiap bank untuk memohon pinjaman,” katanya.

Platform IMSME yang bermaksud i am SME (saya ialah SME) ditawarkan CGC kepada perusahaan mikro, sederhana dan kecil untuk mendapat pembiayaan daripada FI.

Sementara itu, CGC mengiktira­f lima FI dan 10 pelanggan yang aktif dalam dalam skim CGC sempena Anugerah SME CGC 2018.

Ambank (M) Bhd (Ambank), CIMB Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Standard Chartered Bank Bhd dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Rakan Niaga FI Utama bagi kategori bank komersial, manakala Maybank Islamic Bhd meraih dua anugerah iaitu Anugerah Rakan Niaga FI Utama bagi kategori perbankan Islam dan Anugerah Rakan Niaga FI Bumiputera Utama.

Maybank turut menerima Anugerah Rakan Niaga Kewangan Terbaik CGC buat tahun kedua berturut-turut.

Bagi PKS, CGC menyampaik­an Anugerah Pelanggan Contoh kepada lima pelanggann­ya memiliki rekod pembayaran balik yang baik di atas kemudahan yang diberikan, selain turut menerima rebat jaminan fi dari CGC.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ] ?? Abu Hassan (empat dari kiri), Agil (kiri) dan Mohd Zamree (kanan) pada majlis Anugerah
SME CGC 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ] Abu Hassan (empat dari kiri), Agil (kiri) dan Mohd Zamree (kanan) pada majlis Anugerah SME CGC 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia