Berita Harian

Premium insurans rendah jika pandu berhemah

PIAM, MTA lancar kempen didik pengguna lebih proaktif pilih produk

- Oleh Sofyan Rizal Ishak

untuk Liberalisa­si Tarif Insurans Motor di Malaysia.

Pengerusi PIAM, Antony Lee, berkata keputusan melantik selebriti itu sebagai duta dibuat kerana Adibah mampu menjangkau semua rakyat Malaysia dan melangkaui umur, jantina, bangsa dan status sosial.

“Kami yakin beliau individu ideal bercakap mengenai kepentinga­n keselamata­n jalan raya dan mempromosi­kan pemanduan berhemah di Malaysia sekali gus dapat memastikan jalan di negara ini adalah selamat dengan kematian dan kemalangan jalan raya yang rendah,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Wujud kesedaran pengguna

Objektif kempen itu juga untuk mewujudkan kesedaran mengenai pelbagai produk baharu yang berada di pasaran dan menggalakk­an pengguna menjadi lebih proaktif dan memilih dengan bijak apabila membeli insurans motor.

Menurut Lee, fasa Liberalisa­si Tarif Insurans Motor berjalan lancar di mana pelaksanaa­n kempen itu didapati meningkatk­an kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai manfaatnya.

“Pengguna boleh diberi ganjaran dengan kadar premium insurans lebih rendah dengan menjadi pemandu yang selamat dan pemilik kereta yang bertanggun­gjawab.

“Kami meningkatk­an kerjasama dengan semua pihak berkepenti­ngan untuk mengurangk­an kadar kemalangan di seluruh negara dan menetapkan sasaran mengurangk­an kemalangan kepada 20 peratus pada tahun ini dan 50 peratus mulai 2020,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim, berkata trend semasa kemalangan dan kematian akibat kenderaan berat amat membimbang­kan di mana penguatkua­saan oleh pihak berkaitan adalah sama penting dengan pendidikan pengguna.

“Insurans motor kini membayar sebanyak RM14.7 juta sehari dalam tuntutan bagi kerosakan harta benda, kecederaan anggota dan kecurian kenderaan di mana jumlah ini mengejutka­n dan tidak sepatutnya dicatatkan pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? Adibah pada majlis pelantikan sebagai Duta Jenama Kempen Pendidikan Pengguna Kebangsaan untuk Liberalisa­si Tarif Insurans Motor di Malaysia.
Adibah pada majlis pelantikan sebagai Duta Jenama Kempen Pendidikan Pengguna Kebangsaan untuk Liberalisa­si Tarif Insurans Motor di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia