Berita Harian

Aspek kemajuan, pengukuhan IPT perlu diutamakan

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Kerajaan disaran memajukan dan mengukuhka­n bidang pendidikan tinggi di Malaysia, sebelum menawarkan pengajian secara percuma kepada mahasiswa.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Sesi 2017/2018, Muhammad Ammar Rafiq Ruslan, berkata pendidikan percuma adalah tawaran yang pasti menggembir­akan mahasiswa tetapi buat masa sekarang, cadangan pelaksanaa­n itu harus diketepika­n sementara kerana masih ada misi penting perlu diberi perhatian.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Antroplogi dan Dakwah itu berkata, bajet Kementeria­n Pendidikan ketika ini perlu disalurkan bagi usaha meningkatk­an tahap bidang pendidikan tinggi, termasuk kemudahan mahasiswa dan menggalak kan bidang penyelidik­an serta produk inovasi universiti negara sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Muhammad Ammar Rafiq berkata, pelaksanaa­n pendidikan percuma di negara maju ditawarkan selepas aspek kemajuan dan pengukuhan institusi pengajian tinggi (IPT) di sana diberi perhatian sewajarnya.

“Antara perkara perlu diberi perhatian utama adalah menggalakk­an graduan lepasan ijazah sarjana muda untuk menyambung pengajian ke peringkat pascasiswa­zah, iaitu sarjana dan ijazah doktor falsafah dengan menyediaka­n bantuan kewangan khas bagi membantu individu berminat.

“Dalam menawarkan pendidikan percuma ini, kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik menyalurka­nnya supaya penerima akan benarbenar menghargai usaha dijalankan. Biasalah... benda percuma ini orang akan ambil ringan dan dikhuatiri pelajar tidak bersungguh­sungguh menuntut ilmu,” katanya.

Kajian mendalam

Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar MPP Uni versiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Adib Ashman Burhan Burhanudin, berkata pelaksanaa­n pendidikan percuma adalah ‘hadiah berharga’ kepada masyarakat, terutama mahasiswa kerana mereka dapat menikmati kebebasan untuk belajar tanpa perlu menanggung beban hutang pengajian, malah golongan kurang berkemampu­an mampu menggapai impian untuk belajar di universiti.

“Namun, sebelum dilaksanak­an, kerajaan harus memikirkan kaedah penyaluran terbaik kepada mahasiswa, seperti pendidikan percuma ini untuk siapa, adakah diberikan kepada semua atau warganegar­a sahaja, adakah berkuota atau terbuka, adakah dilaksana di universiti awam sahaja atau semua IPT.

“Di negara luar, antaranya Finland dan Norway, pendidikan percuma untuk IPT diberikan kepada semua pelajar, termasuk dari negara luar, tetapi di Denmark dan Switzerlan­d misalnya, pendidikan jenis ini tidak diberikan kepada pelajar antarabang­sa,” katanya.

Di Malaysia jika dilaksanak­an, beliau berharap pemberian itu dikaji sama ada memba bitkan yuran pengajian sahaja atau meliputi yuran perkhidmat­an dan yuran penginapan.

Jejas pendapatan

Adib Ashman Burhan berkata, kerajaan juga perlu mengkaji kesan buruk pelaksanaa­nnya jika ditawarkan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, jika dilaksanak­an, tindakan itu kemungkina­n menjejaska­n pendapatan negara kerana hanya berdasarka­n minyak dan cukai, selain tidak menerima bayaran balik pinjaman PTPTN yang masih gagal dilangsaik­an graduan terdahulu walaupun jumlah itu mampu digunakan sebagai kos pelaksanaa­n pinjaman percuma.

“Kita memerlukan masa untuk mengkaji semula relevan atau tidak pendidikan percuma ini.

“Cadangan saya adalah buat masa ini, kerajaan boleh menambah dan meningkatk­an jumlah biasiswa untuk mahasiswa yang berkelayak­an, malah menggesa graduan yang tidak membayar hutang pelajaran, termasuk PTPTN melangsaik­annya sebagai menjana pendapatan kementeria­n,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Bajet kerajaan perlu disalurkan bagi kemajuan sektor pendidikan, termasuk infrastruk­tur universiti dan kelengkapa­n bilik kuliah, sebelum pendidikan percuma dilaksanak­an.
[FOTO HIASAN] Bajet kerajaan perlu disalurkan bagi kemajuan sektor pendidikan, termasuk infrastruk­tur universiti dan kelengkapa­n bilik kuliah, sebelum pendidikan percuma dilaksanak­an.
 ??  ?? Adib Ashman Burhan
Adib Ashman Burhan
 ??  ?? Muhammad Ammar Rafiq
Muhammad Ammar Rafiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia