Berita Harian

Universiti Al-azhar tawar pendidikan percuma

-

Kuala Lumpur: Universiti Al-azhar di Mesir menjadi institusi pengajian tinggi awam di dunia yang menawarkan pendidikan percuma melalui konsep wakaf dan biasiswa sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Pendidikan percuma itu sebagai penghargaa­n kepada mahasiswan­ya, selain menggalakk­an lebih ramai pelajar lepasan sekolah dari serata dunia melanjutka­n pembelajar­an ke pusat pendidikan bertaraf antarabang­sa itu.

Mengakui kelebihan ditawarkan universiti terkemuka dunia itu, seorang mahasiswa Universiti Al-azhar, Sharifah Azirah Mohd Zainudin, berkata pendidikan percuma disalurkan universiti itu bukan berbentuk wang secara terus ke tangan pelajar, sebaliknya melalui biasiswa dan kos pembayaran yuran pendaftara­n.

Konsep pinjaman percuma di Universiti Al-azhar, katanya, pelajar tidak perlu membayar yuran pengajian kemasukan dan kos pendaftara­n semester baharu dalam jumlah besar seperti di universiti lain kerana lebihan pembayaran itu dikecualik­an universiti.

“Yuran kami masih bayar tetapi sekadar RM100 sudah mencukupi untuk mendaftar dan meneruskan pengajian pada setiap semester.

“Pensyarah juga tidak menerima bayaran mengajar, melainkan memperoleh pendapatan melalui hasil penjualan buku pembelajar­an yang disediakan universiti atau ditulis mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi BH Varsiti.

Tidak berhutang

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah Islamiyah) itu, berkata mahasiswa di Universiti Al-azhar juga berpeluang memohon biasiswa disediakan pihak universiti dan kerajaan Kuwait, tetapi bergantung kepada syarat tertentu antaranya prestasi peperiksaa­n.

Bagi mahasiswa yang layak menerima biasiswa, katanya, mereka dikehendak­i membuka akaun bank, sebelum bantuan kewangan disalurkan dalam jumlah kira-kira RM800 setahun daripada universiti, manakala RM750 daripada Kuwait untuk setiap tiga bulan.

Ditanya pandangan-

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pendidikan percuma mampu memberi peluang kepada lebih ramai individu, terutama golongan kurang mampu melanjutka­n pengajian ke universiti.
[FOTO HIASAN] Pendidikan percuma mampu memberi peluang kepada lebih ramai individu, terutama golongan kurang mampu melanjutka­n pengajian ke universiti.
 ??  ?? Sharifah Azirah
Sharifah Azirah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia