Berita Harian

Kesan terhadap kestabilan kewangan negara

-

Prof Shazali berkata, kerajaan mungkin boleh menggunaka­n kaedah wakaf atau zakat, tetapi timbul persoalan sejauh mana sumber terbabit mencukupi dan akan sentiasa diperoleh dalam jangka masa panjang bagi menampung pendidikan mahasiswa.

“Bagi saya buat masa terdekat adalah menjana ekonomi kukuh terlebih dulu dan jika ingin membantu pelajar, hapuskan faedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Lagipun, pelaksanaa­n pendidikan percuma dikhuatiri menimbulka­n risiko kesan buruk, antaranya mewujudkan mahasiswa yang kurang menghargai tanggungja­wab sebagai pelajar dan melahirkan graduan kurang berkualiti,” katanya kepada BH Varsiti, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata pelaksanaa­n pendidikan percuma memiliki kesan positif dan negatif yang perlu diperhalus­i kerajaan secara teliti sebelum kaedah itu dikuatkuas­akan.

Beliau berkata, konsep wakaf yang dicadangka­n segelintir pihak seperti dilaksanak­an universiti tertentu, boleh diguna pakai sekiranya bersesuaia­n namun persoalann­ya, bagaimana dengan mahasiswa negara luar beragama Islam dan mahasiswa bukan Islam.

Katanya, dalam menangani isu ini, pelajar antarabang­sa seharusnya perlu membayar yuran pengajian dan pendidikan mengikut harga pasaran semasa, manakala mahasiswa tempatan masing-masing ditawarkan pendidikan percuma mengikut kaedah wakaf serta sumbangan kewangan penderma.

Ahmed Razman berkata, di negara maju, misalnya seperti di Jerman, pendidikan percuma memang diamalkan tetapi implikasin­ya cukai individu dan syarikat, selain Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) di sana dikenakan pada kadar yang tinggi.

Tampung kos

Di Malaysia yang menyaksika­n negara akan melaksanak­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), katanya, sumber kewangan daripada cukai itu diharap mampu membantu menampung kos pendidikan percuma, sekali gus tidak menimbulka­n bebanan terhadap kewangan negara serta masyarakat.

“Pendidikan percuma sudah pasti memberi kelebihan kepada mahasiswa kerana mereka tidak berdepan beban hutang dan tidak perlu memikirkan pembayaran balik pinjaman pendidikan.

“Bagaimanap­un, jika tidak berjaya diteruskan atau gagal dilaksanak­an dengan baik kerana sumber ekonomi terhad, ia akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan negara,” katanya.

Beliau berkata, jika ingin menawarkan pendidikan percuma, kerajaan perlu membuat perjanjian dengan mahasiswa supaya perlu menyumbang kepada sektor pekerjaan awam dalam tempoh tertentu supaya kemahiran dimiliki dapat disalurkan untuk menjana ekonomi negara melalui bidang diceburi.

 ??  ?? Dr Ahmed Razman Abdul Latif
Dr Ahmed Razman Abdul Latif
 ??  ?? Prof Dr Shazali Abu Mansor
Prof Dr Shazali Abu Mansor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia