Berita Harian

Anugerah Seni lonjak karya tempatan

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Sebanyak 12 lukisan daripada 100 karya dihasilkan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UITM), dipilih penerima Anugerah Utama dan Anugerah Pilihan Juri, pada Anugerah Seni MIDF 2018, di sini, baru-baru ini.

Majlis anugerah seni itu dianjurkan Malaysian Indus- trial Developmen­t Finance Berhad (MIDF) dan UITM sejak tahun lalu, bertujuan menampilka­n karya menarik daripada mahasiswa berasaskan kreativiti.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawan­an UITM, Prof Dr Zaini Abdullah, berkata, penganuger­ahan itu, sekali gus mampu menonjolka­n idea kreatif dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, anugerah itu adalah program yang menjadi identiti jalinan kerjasama antara UITM dan MIDF.

“Penganjura­n anugerah ini mewujudkan kerjasama strategik sektor ekonomi dan pendidikan dalam usaha memartabat­kan seni serta kreativiti pengkarya tempatan dengan sebaiknya.

“Selain memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolka­n bakat seni lukis, pertanding­an ini membantu membentuk portfolio kerjaya dan menambah pengalaman kepada mereka agar mampu meraih tempat dalam industri selepas bergelar graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n hadiah Anugerah Seni MIDF di Menara MIDF, di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd Najib Abdullah.

Platform terbaik

Pada majlis itu, lima penerima Anugerah Utama, masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM1,500, manakala tujuh penerima Anugerah Pilihan Juri membawa pulang RM750 setiap seorang.

Sementara itu, Mohd Najib berkata, penganjura­n program itu sebagai usaha MIDF untuk menyediaka­n platform terbaik bagi melonjakka­n potensi pengkarya muda UITM, selain memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n terhadap karya seni tempatan.

Katanya, sambutan diterima MIDF daripada pelajar UITM terhadap pertanding­an itu amat menggalakk­an sehingga penyertaan dibuka tidak terhad kepada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka sahaja, malah Fakulti Pendidikan.

“MIDF percaya, peranan industri dan akademia mampu melonjakka­n lagi industri kreatif negara, seperti menganjurk­an program bersesuaia­n demi melahirkan lebih ramai pengkarya berbakat besar.

“Anugerah Seni MIDF ini adalah antara usaha berkesan dalam menunjukka­n komitmen kami bagi membangunk­an generasi masa depan yang cemerlang, bukan sahaja daripada aspek akademik, tetapi juga budaya dan kerohanian,” katanya.

 ??  ?? Mohd Najib (berdiri, empat kiri) dan Prof Zaini (berdiri, tengah) bersama penerima Anugerah
Seni MIDF 2018.
Mohd Najib (berdiri, empat kiri) dan Prof Zaini (berdiri, tengah) bersama penerima Anugerah Seni MIDF 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia