Berita Harian

Prof Abdul Rahim dilantik TNC USIM

-

Nilai: Pakar kewangan Islam, Prof Dr Abdul Rahim Abd Rahman dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabang­sa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu.

Prof Abdul Rahim sebelum ini berkhidmat di Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM bagi menggantik­an Prof Datuk Dr Zulkiple Abdul Ghani yang tamat tempoh lantikan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n oleh Pusat Komunikasi Strategik USIM, baru-baru ini, pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pendidikan bagi tempoh tiga tahun iaitu bermula 15 Jun 2018 hingga 14 Jun 2021. Satu majlis ringkas mera-kam waktu masuk rasmi sebagai TNC baharu diadakan di lobi Canselori USIM dengan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Prof Abdul Rahim memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan dari University of East London (1990) sebelum menamatkan pendidikan Sarjana dalam Kewangan Islam (1994) dan Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Perakaunan (1999) dari University of Southampto­m, United Kingdom.

Cabaran baharu

Kerjayanya sebagai ahli akademik bermula dan berkembang di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) apabila berkhidmat di sana hampir 21 tahun sejak 1992.

Lembaran dan cabaran baharu diterokain­ya apabila berhijrah ke USIM pada 2014 dan tidak lama selepas itu, beliau diberi kepercayaa­n sebagai Pengarah Pusat Perancanga­n Korporat dan Pengurusan Kualiti (2015-2017).

Melalui pengalaman luas dalam bidang pentadbira­n dan pengurusan pendidikan tinggi, beliau secara aktif terbabit dalam merangka dan memantapka­n pelaksanaa­n Pelan Strategik USIM.

Sebagai ahli akademik, kepakarann­ya dalam bidang ekonomi, kewangan Islam, perakaunan, audit shariah dan pentadbira­n korporat dimanfaatk­an dengan penulisan pelbagai jenis buku, jurnal pendidikan, selain menjadi pembentang dalam dan luar negara.

Kepakarann­ya turut mendapat pengiktira­fan oleh industri apabila dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dan penasihat syariah beberapa institusi kewangan antaranya Etiqa Famili Takaful, Etiqa General Takaful, MBSB Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia dan HSBC Amanah Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut melantikny­a sebagai panel pakar rujuk Muamalat serta turut terbabit dalam akreditasi kualiti program akademik bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 ??  ?? Prof Abdul Rahim (kiri) merakam waktu masuk di lobi Canselori USIM, sambil disaksikan
Prof Musa (tengah) dan Prof Dzulkifli.
Prof Abdul Rahim (kiri) merakam waktu masuk di lobi Canselori USIM, sambil disaksikan Prof Musa (tengah) dan Prof Dzulkifli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia