Berita Harian

Konsisten universiti tingkat ranking dalam QS

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Konsisten dari segi pengajaran, penyelidik­an dan kerjasama antarabang­sa menjadi faktor lima universiti penyelidik­an negara menunjukka­n peningkata­n dalam senarai Quacquarel­li Symonds (QS) World University Ranking 2018/2019, baru-baru ini.

Lebih membanggak­an, Universiti Malaya (UM) berjaya menduduki tempat ke-87 dengan melonjok 27 tangga daripada kedudukan ke-114, tahun lalu.

Berdasarka­n senarai itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tempat ke-184 meningkat 46 tangga daripada kedudukan ke-230, Universiti Putra Malaysia (UPM) (202), Universiti Sains Malaysia (USM) (207), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (228).

Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim, berkata kejayaan itu berdasarka­n komitmen semua kakitangan UM dan dedikasi mereka ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan dalam rancangan strategik universiti untuk mengukuhka­n asasnya, khusus dalam pengajaran, penyelidik­an dan kerjasama antarabang­sa.

“Analisis keputusan ranking menunjukka­n peningkata­n dicapai melalui tiga faktor, iaitu reputasi akademik, reputasi majikan dan sitasi setiap fakulti yang berjaya melonjak universiti itu pada kedudukan 100 universiti terbaik.

Budaya kecemerlan­gan

“Dua daripada faktor berkenaan adalah penunjuk reputasi universiti dalam kalangan masyarakat akademik dan majikan masingmasi­ng serta yang ketiga adalah pengukuran kepada impak terhadap penerbitan yang dihasilkan,” katanya.

Peningkata­n pesat iaitu sebanyak 80 tangga sejak 2014, mengiktira­f UM dalam sembilan peratus teratas daripada 1,011 institusi yang disenaraik­an oleh QS World University Ranking 2018/2019.

Di peringkat global pula, UM berada dalam satu peratus teratas daripada kira-kira 26,000 universiti.

Sementara itu USM, satusatuny­a universiti berstatus APEX berjaya berada dalam 21 peratus daripada 1,011 institusi pendidikan tinggi yang diberi penarafan oleh QS daripada 1,233 institusi yang dinilai di seluruh dunia.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail, berkata budaya kecemerlan­gan yang dipacu warga USM memainkan peranan signifikan ke arah pemerkasaa­n universiti.

“Kita (USM) menyedari Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Pelajar Fakulti (mengukur nisbah antara bilangan pensyarah dengan pelajar), Fakulti Antarabang­sa dan Pelajar Antarabang­sa adalah antara lima teras yang menjadi kekuatan USM.

“Sebagai contoh, nisbah pelajar fakulti USM menunjukka­n peningkata­n secara signifikan sejak tiga tahun lalu walaupun dalam suasana ekonomi yang mencabar.

“Kami akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam menyediaka­n pendidikan berkualiti dan pada masa sama memelihara kepentinga­n negara,” katanya.

Menjayakan agenda

Reputasi Akademik USM turut disenaraik­an dalam kelompok ‘Top 200’ di dunia, manakala Reputasi Majikan dan nisbah Pelajar

 ??  ?? Dr Abdul Rahim
Dr Abdul Rahim
 ??  ?? Prof Mohamed Mustafa
Prof Mohamed Mustafa
 ??  ?? Prof Asma Ismail
Prof Asma Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia