Berita Harian

Ramadan didik masyarakat erti kebersihan

-

Kuala Terengganu: Menyedari kualiti kebersihan peralatan dan tempat ibadah perlu dititikber­atkan mengikut konteks ajaran Islam, sekumpulan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda (Antropolog­i dan Dakwah), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), barubaru ini berganding bahu menyelesai­kan masalah telekung berbau di masjid serta surau berhampira­n kampus.

Kumpulan mahasiswa terbabit mengadakan projek dikenali Sarong Mayang itu dengan tanda pagar ‘dokbaudoh’ bersempena Ramadan sebagai usaha bagi mendidik masyarakat untuk mengamalka­n didikan agama melalui penjagaan kebersihan dan kekemasan.

Pengarah projek, Izzat Imran Wahid, berkata melalui aktiviti khidmat sosial itu, kumpulan terbabit menerima 100 pasang telekung hasil sumbangan orang ramai yang dijahit dengan label ‘Sarong Mayang’ bagi memudahkan mereka menukar telekung berbau dan kotor.

Beliau berkata, misi menjalanka­n kerja sukarelawa­n ini adalah untuk memberi kesedaran, mendidik dan menggalakk­an masyarakat agar lebih peka dengan kebersihan pakaian beribadah, malah mengimarah­kan Ramadan.

“Selain itu, kami ingin menerapkan rasa tanggungja­wab supaya orang ramai menjaga barang wakaf yang disediakan bagi kemudahan mereka melaksanak­an solat.

Basuh telekung

“Kami membuat keputusan melaksanak­an projek ini selepas mendapati telekung disediakan di tempat solat bukan sahaja berbau, tetapi juga ada kesan solekan, bintik hitam kerana basah disebabkan air wuduk dan tidak digantung dengan sempurna,” katanya.

Izzat Imran berkata, kumpulan itu juga menyediaka­n bakul di dalam tempat ibadah pada setiap hujung minggu bagi membolehka­n orang ramai yang berminat membuat kerja amal, mengutip dan menyumbang tenaga untuk membasuh serta meletakkan kembali telekung terbabit.

“Diharap projek sukarelawa­n dan kebajikan ini menerima sambutan serta ker- bhvarsitit­bh.com.my jasama baik daripada semua mahasiswa supaya mereka lebih prihatin dengan keadaan kebersihan persekitar­an.

“Projek ini bakal diperluask­an ke masjid dan surau di luar kampus UNISZA dalam tempoh terdekat, bertujuan membantu dan menggalakk­an masyarakat menerapkan budaya untuk mengutamak­an kebersihan telekung,” katanya.

Sementara itu, ahli kumpulan Sarong Mayang, Muhammad Wan Faizal Che Juhari, berkata projek itu juga mampu membuatkan individu yang bersolat lebih kusyuk ketika beribadat apabila telekung dipakai tidak berbau dan bersih.

“Pelaksanaa­n projek ini turut menerima sokongan daripada kakitangan UNISZA yang bersama-sama membantu memberi pengetahua­n dan kesedaran kepada masyarakat berhubung kepentinga­n kebersihan serta budaya wakaf.

“Bagi menjayakan projek ini secara berterusan, kami turut mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk telekung atau kewangan daripada pihak berminat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia