Berita Harian

Bubuk lambuk Sri Sintok gamit nostalgia

-

bhvarsitit­bh.com.my Sintok: Bersempena Ramadan al-mubarak, kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) dari pelbagai jabatan bergotong-royong menyediaka­n juadah bubur lambuk sebelum diedarkan kepada orang ramai dan majlis berbuka puasa.

Pengarah Pusat Islam UUM, Prof Madya Dr Ismail Ishak, berkata antara jabatan yang terbabit, Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountanc­y (TISSA-UUM), Jabatan Pembanguna­n dan Penyenggar­aan (JPP) dan Jabatan Canselori UUM.

Beliau berkata, gotong royong memasak bubur lambuk bermula jam 9.30 pagi membabitka­n 10 periuk diketuai pesara UUM, yang lebih dikenali sebagai Haji Kassim serta dibantu kakitangan yang mengambil bahagian.

Beliau berkata, tradisi penyediaan bubur lambuk diamalkan sejak lebih dua dekad lalu secara bergilir-gilir yang masih mengekalka­n rasa yang lazat sekali gus menjalin silaturahi­m di bulan yang mulia.

“Khidmat masyarakat ini juga seiring dengan saranan pihak pengurusan universiti supaya warga kampus sentiasa menjalin hubungan yang baik sesama kakitangan dan masyarakat setempat,” katanya.

Pembantu Hal Ehwal Islam, Ahmad Zabadi Mokhtar berkata, agihan bubur lambuk menjadi tradisi supaya warga kampus dapat merasai keenakanny­a yang menjadi sebutan ramai bukan sahaja di dalam kampus malah kawasan sekitar.

Menjadi tradisi

“Resepi ini diperoleh daripada ‘orang lama’ UUM yang sudah bersara seterusnya diubah suai mengikut selera sesedap rasa.

“Alhamdulil­lah, Pusat Islam menerima sumbangan orang ramai dalam pelbagai bentuk antaranya, tajaan berbuka, beras untuk dijadikan bubur lambuk, kurma dan kepada yang bermurah hati, semoga diberkati Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Pusat Islam turut mengimarah­kan bulan Ramadan dengan majlis berbuka puasa, sembahyang sunat tarawih, membaca al-quran, kuliah dan ceramah selain memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Erat hubungan

Sementara itu, Mohd Badrilah Shaari berkata, bubur istimewa ini menggunaka­n pelbagai bahan dan proses memasak mengambil masa yang agak lama.

“Terima kasih kepada Pusat Islam UUM yang bersusah payah melicinkan urusan memasak bubur lambuk di samping mengeratka­n hubungan sesama warga kampus dan semoga usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Kakitangan yang turut serta dalam program itu, Mohamad Nizwan Awang berkata, bubur lambuk yang dihasilkan sememangny­a dinantikan setiap kali Ramadan kerana rasanya yang lazat dan mengimbau nostalgia.

“Bubur lambuk ini memang sedap, lain dari yang lain dan menjadi pembuka selera kami sekeluarga jadi kesempatan yang diberikan untuk memasak beramai-ramai tidak dilepaskan untuk melihat dengan lebih dekat penyediaan bubur istimewa ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia