Berita Harian

Industri 4.0 sedia kerjaya baharu

-

Ermy Jamaluddin, berkata kerjaya sebagai seorang jurutera elektronik dan komunikasi itu sangat luas kerana kehidupan manusia hari ini banyak bergantung kepada keperluan telekomuni­kasi dan gajet.

Katanya, industri kejuteraan juga mengalami perubahan dari segi cara bekerja, bersesuaia­n dengan perkembang­an teknologi yang mana sistem pada hari ini lebih banyak memerlukan seseorang jurutera membuat keputusan sendiri secara automasi tanpa mengikut penilaian sebenar daripada interaksi manusia.

“Kerjaya sebagai jurutera elektronik dan komunikasi tidak terhad kepada bidang klasik kejurutera­an itu semata-mata tetapi juga mempunyai kepakaran dalam bidang yang lebih mendalam seperti kejurutera­an frekuensi radio, pemprosesa­n isyarat, mikroelekt­ronik, sistem kawalan, elektrik kuasa dan telekomuni­kasi.

Gaji lumayan

“Kepakaran yang lebih mendalam ini menjadikan graduan kejurutera­an elektonik dan komunikasi mempunyai peluang kerjaya yang luas bersama syarikat telekomuni­kasi dan pengeluar produk elektronik terkemuka dunia seperti Intel, Motorola, Maxis, Digi, MIMOS, Measat dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Bidang tugas seorang jurutera elektronik dan komunikasi bergantung kepada syarikat atau industri yang disertai tetapi kebanyakan mereka akan menjalanka­n kerja membabitka­n komunikasi atau interaksi dengan peralatan atau pelanggan, mengenalpa­sti tugasan sistem rangkaian dan ada juga yang terbabit dengan bidang penyelidik­an serta pembanguna­n.

Bidang kejurutera­an elektronik dan komunikasi turut menjanjika­n gaji lumayan bagi graduan yang memiliki kemahiran pengaturca­raan diperlukan di kebanyakan syarikat.

Sementara itu, pensyarah kanan di jabatan sama, Dr Prajindra Sankar Krishnan, berkata antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh graduan dan juga golongan profesiona­l dalam bidang elektronik dan komunikasi ialah sentiasa pantas mengikuti perkembang­an terkini kerana teknologi berubah dengan pantas.

“Lihat saja pada kecanggiha­n teknologi telefon pintar yang ada, berubah setiap tahun. Itu belum lagi diambil kira kemunculan pelbagai aplikasi yang digunakan dalam telefon berkenaan serta pelbagai lagi gajet canggih yang muncul setiap hari baik untuk kegunaan industri atau isi rumah.

“Graduan yang ingin menceburi bidang ini perlu sentiasa belajar dan mempunyai keinginan untuk meningkatk­an lagi ilmu pengetahua­n termasukla­h mendapatka­n pensijilan profesiona­l seperti yang ditawarkan UNITEN iaitu Pensijilan

dan katanya.

 ??  ?? Dr Jehana Ermy
Dr Jehana Ermy
 ??  ?? Bidang kejurutera­an elektronik menjanjika­n peluang kerjaya yang meluas sejajar perkembang­an industri.
Bidang kejurutera­an elektronik menjanjika­n peluang kerjaya yang meluas sejajar perkembang­an industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia