Berita Harian

Mahasiswa UITM belajar mengurus acara

-

Kuala Lumpur: Sekumpulan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UITM), Kampus Puncak Alam, baru-baru ini menganjurk­an Festival Bara Food 2018 di Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya, bertujuan memenuhi keperluan silibus pengajian dan merapatkan hubungan.

Pengarah Program, Fuad Suleiman, berkata peserta yang terbabit adalah mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis (Kepujian), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Beliau berkata, program ini adalah projek tahun akhir bagi memenuhi keperluan pengajian Pengurusan Acara Istimewa.

“Pelbagai aktiviti diada- kan pada program itu, termasuk pertunjukk­an motosikal, demostrasi masakan, pertanding­an makan, persembaha­n dan ceramah gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Khidmat bakti

Program itu dirasmikan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UITM, Prof Madya Dr Siti Halijjah Shariff.

Yang turut hadir, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Dr Ramlee Abdul Rahman; Ketua Pusat Pengajian Pengurusan dan Pentadbira­n, Dr Maimunah Mohd Shah dan Koordinato­r Kursus, Dr Siti Noorsurian­i Ma’on.

Fuad berkata, pelajar terbabit turut mengadakan kolaborasi dengan badan kebajikan dengan memberi sumbangan wang tunai dan khidmat bakti sukarelawa­n.

Beliau berkata, program itu mendapat sambutan, sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk warga universiti. “Kami berterima kasih dan bersyukur kerana Penasihat Program, Wan Soraya Wan Abdul Ghani dan Muhamad Hafizi Zamri turut memberi tunjuk ajar serta galakkan kepada pelajar untuk melaksanak­an program terbabit daripada awal sehingga akhir,” katanya.

 ??  ?? Peserta program bergambar pada Festival Bara Food 2018, baru-baru ini.
Peserta program bergambar pada Festival Bara Food 2018, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia