Berita Harian

Kontraktor muda banyak cabaran

- Oleh Nor Azma Laila

Minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan sejak dari bangku sekolah menengah lagi mendorong pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) Kelantan, Mohd Azreen Shahiran Kamarulzam­an untuk menceburi bidang keusahawan­an dengan menubuhkan syarikat pembinaan sendiri pada Julai 2017.

Perniagaan yang dikenali dengan nama Mask Maju Trading itu menawarkan perkhidmat­an membina rumah kediaman dan membekalka­n bahan pembinaan.

Mohd Azreen Shahiran berkata, latar belakang keluarga yang turut menjalanka­n perniagaan sebagai kontraktor pembinaan juga menjadi antara penyebab beliau menubuhkan syarikat sendiri selain memenuhi keinginan untuk membantu memberi pekerjaan kepada anak muda setempat yang menganggur.

“Minat saya dalam bidang perniagaan semakin menebal apabila berpeluang menyam- bung pengajian dalam program Diploma Pengajian Perniagaan di PKB apatah lagi pensyarah juga sentiasa memberi dorongan semangat supaya menceburi bidang keusahawan­an.

“Berbekalka­n modal permulaan sebanyak RM5,000 hasil daripada wang simpanan ketika bekerja sambilan setiap kali cuti semester, saya berjaya membuka syarikat sendiri dan bersyukur kerana perniagaan yang berusia setahun jagung ini sudah mampu meraih keuntungan lumayan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sokongan keluarga

Kebiasaann­ya, syarikat Mohd Azreen Shahiran akan mendapat tender daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk membina rumah kediaman kos rendah untuk diserahkan kepada golongan berpendapa­tan sederhana dan rendah.

Kebanyakan rumah dibina bernilai RM38,000 dan setiap unit rumah kediaman yang dibina oleh syarikat Mask Maju Trading akan mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.

Perniagaan Mohd Azreen Shahiran beroperasi secara fizikal di pejabat urusan miliknya yang terletak di Tanah Merah, Kelantan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Mohd Azreen Shahiran berkata, antara cabaran utama yang dihadapi sebagai usahawan muda ialah beliau terpaksa bersaing dengan kontraktor lain yang lebih berpengala­man dalam industri, sama ada dari segi membekalka­n bahan binaan atau untuk mendapat tender projek pembinaan daripada pihak kerajaan.

“Meskipun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh dalam menjalanka­n perniagaan ini, saya bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan padu daripada keluarga malah pensyarah PKB juga tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan dorongan sehingga saya mampu bergelar usahawan berjaya pada usia muda.

“Pada masa depan, saya bercadang untuk mengembang­kan lagi bidang perniagaan ini dengan membina rumah kos mewah diatas tanah milik pembeli, membuka cawangan di negeri lain dan mengurus sebarang pinjaman yang ingin dibuat oleh pembeli bagi membeli rumah kediaman,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Azreen Shahiran pilih bidang pembinaan kerana mengikut jejaklangk­ah keluarga.
Mohd Azreen Shahiran pilih bidang pembinaan kerana mengikut jejaklangk­ah keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia