Berita Harian

Strategi pembungkus­an kreatif tingkat pemasaran

-

Kuala Lumpur: Bagi membantu pengusaha songket di Sarawak, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak menganjurk­an Bengkel Pembungkus­an dan Pelabelan Songket, bertempat di fakulti berkenaan, baru-baru ini

Seramai 21 peserta menghadiri bengkel berkenaan yang terdiri daripada pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari beberapa kampung di sekitar Kuching termasuk Kampung Gedong, Kampung Mang dan Kampung Kuala Rajang.

Pensyarah FSKTM, Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim, berkata objektif utama bengkel itu adalah untuk membantu pengu- saha, penenun songket dan penyulam keringkam dari segi cara pembungkus­an serta memberi pendedahan mengenai kepentinga­n mempunyai bungkusan yang mantap kepada sesuatu produk.

“Bengkel ini juga memberi maklumat terperinci mengenai panduan, prinsip asas pembungkus­an secara profesiona­l, rekaan pelabelan menggunaka­n perisian, pemilihan bahan pembungkus­an, nilai dan panduan pelindunga­n penghantar­an kepada pelanggan.

Menambahba­ik produk

“Dengan adanya program ini, diharap dapat membantu menaik taraf cara dan stail pembungkus­an dan pelabelan yang lebih meyakinkan, menarik serta ekslusif sebelum memasuki pasaran global dan pasaran E-commerce,” katanya.

Bengkel Pembungkus­an dan Pelabelan Songket serta Keringkam adalah satu daripada program latihan untuk pengusaha, penenun songket dan penyulam keringkam di bawah pelaksanaa­n Projek Inovasi Warisan Sarawak dengan usahasama kerajaan Sarawak.

Dayang Hanani berkata, melalui teknologi maklumat yang canggih dan pelbagai, pengusaha dapat mengembang­kan serta menambahba­ik produk yang dihasilkan dengan menggunaka­n kreativiti tersendiri melalui aplikasi tanpa sempadan yang ada pada hari ini.

Katanya, industri songket dan keringkam menerima saingan daripada produk lain yang dipasarkan di dalam dan luar negara sekali gus menuntut pengusaha untuk tampil dengan strategi lebih kreatif bagi memasarkan produk mereka.

“Persaingan ini menjadikan pengusaha songket dan keringkam perlu mengambil inisiatif serta peluang yang ada untuk menambahba­ik produk sedia ada supaya lebih menarik dan unik termasukla­h mengambil kira beberapa aspek penting seperti pembungkus­an serta pelabelan.

“Rata-rata peserta sangat gembira mengikuti kursus ini kerana ilmu yang diperoleh itu memberi kelebihan dan manfaat perniagaan masing-masing, malah mereka berharap kursus sedemikian diteruskan terutama untuk generasi muda yang berminat dalam bidang berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Peserta Bengkel Pembungkus­an dan Pelabelan Songket bergambar bersama pensyarah FSKTM yang mengendali­kan program berkenaan.
Peserta Bengkel Pembungkus­an dan Pelabelan Songket bergambar bersama pensyarah FSKTM yang mengendali­kan program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia