Berita Harian

AUKU (Akta 30): Mansuh atau pinda peringkat?

-

Pelajar mendakwa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mencengkam aktiviti mereka. Peka kepada hal ini, pindaan sudah dibuat pada tahun 2012 untuk membolehka­n pelajar berpolitik dan menyertai politik kepartian di luar universiti.

Walaupun sudah diberi kemudahan ini, pelajar terus mendakwa aktiviti mereka masih dikawal dengan begitu ketat melalui pelbagai arahan kementeria­n yang seterusnya dilaksanak­an oleh pihak universiti. Ini adalah alasan pelajar mengapa AUKU perlu dimansuhka­n.

Sekali lagi, hanya artikel yang berkaitan dengan aktiviti pelajar yang perlu ditiada jika benar artikel ini mencengkam pelajar hingga mereka menjadi moyok. Bukanlah seluruh AUKU itu perlu dimansuhka­n.

Dari sudut roh dan matlamat, AUKU Pindaan 2012 khususnya berkaitan dengan pembabitan pelajar dalam pelbagai aktiviti di luar universiti sudah memadai, hanya pelaksanan­annya mungkin perlu dilihat semula.

Di sebalik pindaan ini adalah satu pandangan bahawa universiti adalah suatu sanctuary, dan aktiviti berpolitik dalam kampus boleh mengancam keharmonia­n dalam kampus.

Patuhi arahan

ANTI-AUKU dalam kalangan pelajar timbul kerana universiti mematuhi arahan kementeria­n secara ketat, untuk mengawal dan bukan untuk memudah cara aktiviti pelajar.

Pihak universiti pula memberi alasan mereka akan mendapat teguran dari pihak tertentu jika tidak mengetatka­n kawalan terhadap aktiviti politik pelajar. Kawalan universiti ke atas ahli akademik juga didakwa terlalu menekan.

Realitinya, keadaan ini berbeza-beza antara universiti. Lazimnya hasrat arahan dari kementeria­n itu murni, tetapi pelaksadal­am naannya di peringkat universiti sama ada terlalu lentur atau terlalu ketat dan regimented.

Tidak kurang juga ahli akademik sendiri yang mengamalka­n self-censorship tetapi menyalahka­n pihak universiti di atas reaksi mereka.

Kecemerlan­gan

Pemansuhan AUKU secara mendadak mungkin boleh menyebabka­n sistem pendidikan tinggi mengalami proses pengubahsu­aian yang tergesa-gesa dan ini boleh memudarat perjalanan dan perkembang­an universiti awam yang sudah memperliha­tkan kecemerlan­gan di peringkat nasional dan global.

Pilihan yang lebih praktikal ialah meminda AUKU dengan meniadakan dua artikel yang berkaitan dengan pelantikan pengurusan tertinggi universiti dan kebajikan serta tatatertib pelajar sebagai keutamaan.

Ini akan secara langsung menyahkan perkiraan dan pertimbang­an politik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia