Berita Harian

Minda Adiwangsa menjagat dunia

-

Nilai: Membaca buku karangan Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed, Rumah Fikir-51 Katakata Rangsangfi­kir Yang Menginspir­asikan Insan terbitan Pusat Kebudayaan & USIM Press memang menggugah minda pembacanya.

Adiwangsa Sukma adalah nama pena bagi Ismail Ahmed yang kini bertugas sebagai Pengarah Kebudayaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Melalui buku Rumah Fikir, Adiwangsa menampilka­n 51 katakata hikmah rangsang fikirnya dan daripada jumlah itu, terdapat juga rangsang fikir yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Rangsang fikir dibuka dengan kata-kata hikmat yang berbunyi; ‘Menginspir­asikan orang lain

Rangsangfi­kir

Yang turut dimuatkan kata-kata yang seakan sinis dan humor iaitu

Rakyat Malaysia baru saja selesai mengadakan pilihan raya umum dan dalam pilihan raya itu ratusan kerusi dipertandi­ngan yang menjadi rebutan dengan pelbagai manifesto, justeru Adiwangsa membanding­kan kursi Allah dan kerusi manusia dalam sudut pandangan yang berbeza sama sekali.

Antara kata-kata rangsang fikir lain yang terdapat dalam buku Rumah Fikir ialah Kita tidak pernah bijak mengatur alasan menjadi satu kelebihan, sekadar helah menutup kelemahan; Berjuang ada harga bila dijengah perasaan terbuang; Jangan berhenti berdoa kerana mahalnya iman ada Tuhan dan Jangan cemburu dan berdengki. Berdoalah untuk kebahagiaa­n orang lain. Bahagia kita, Allah jaga.

Meskipun rangsang fikir ini hanya potongan ayat yang relatif pendek dan mudah dihadam, namun masih terdapat kesilapan kecil yang kurang wajar berlaku seperti penggunaan di yang harus dijarakkan atau didekatkan.

Memandangk­an Adiwangsa berada dalam lingkungan orang sastera dan berbahasa, rangsang fikir ini belum kelihatan menggoda daripada keindahan dan kedalamann­ya menjenguk intipati dan rasa paling dalam di dalam relong jiwa insan.

Kata-kata rangsang fikir dalam buku ini masih tidak jauh bezanya daripada banyak buku rangsang fikir motivasi yang berada di pasaran, namun sebagai usaha yang terhasil daripada kejayaan anak tempatan, buku Rumah Fikir ini layak untuk dibaca sebagai motivasi diri.

Buku berkenaan dilancarka­n pada pelancaran produk dan Inovasi Seni Berbudaya oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n, Mohd Ajib Ismail, baru-baru ini.

Buku Rumah Fikir dijual dengan harga RM15 dan boleh dibeli melalui www.kedaibuday­a. com atau menghubung­i Pusat Kebudayaan di talian 06-798 6146.

 ??  ?? Buku Jendela Bijaksana: Di mana Tradisi Melayu dan Islam Bertemu
Buku Jendela Bijaksana: Di mana Tradisi Melayu dan Islam Bertemu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia