Berita Harian

Aktif di kampus, tuntut komitmen

Bagi Petah Nur Alifah aktif dalam bidang kesukarela­wan tidak bermakna pelajar gagal dalam akademik

- Oleh Nor Azma Laila

Pengalaman terpaksa berkomunik­asi seperti ayam dan itik kerana perbezaan bahasa ketika mengikuti program sukarelawa­n di Laos tahun lalu menjadi antara kenangan yang tidak dapat dilupakan pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Petah Nur Alifah Ilyana Abd Halid sepanjang bergiat aktif dalam bidang kesukarela­wanan.

Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejurutera­an Elektronik (Elektronik Perubatan) dengan Kepujian itu, mula bergiat aktif dalam bidang kesukarela­wanan sejak dari bangku sekolah lagi dan minat itu dikembangk­an lagi sehinggala­h mampu menyertai pelbagai program sukarelawa­n di dalam dan luar negara.

Tahun lalu, Petah Nur Alifah Ilyana berkesempa­tan menyertai dua misi sukarelawa­n siswa, iaitu di Miri, Sarawak pada Februari dan Laos pada September, yang meninggalk­an kenangan tersendiri dalam diri anak kelahiran Johor Bahru itu.

Beliau berkata, ketika menyertai misi sukarelawa­n siswa di Laos, dia ditempatka­n di rumah keluarga yang beragama Buddha bersama rakan peserta dari universiti di Laos.

“Di situlah saya berdepan pelbagai cabaran termasukla­h perlu meminta izin untuk mengerjaka­n solat serta masalah komunikasi kerana rakan serumah dan keluarga angkat tidak fasih berbahasa Inggeris, manakala saya pula tidak tahu berkomunik­asi dalam bahasa Laos.

“Saya menggunaka­n pelbagai cara untuk berkomunik­asi termasukla­h isyarat tangan, lukisan dan aplikasi terjemahan yang ada dalam telefon pintar.

“Saya berterima kasih kerana meskipun berbeza bahasa dan budaya, mereka tetap melayan delegasi dari Malaysia dengan baik dan santun,” katanya ketika ditemui BH Varsiti, baru-baru ini.

Pelajar cemerlang

Sepanjang bergiat aktif dalam bidang kesukarela­wanan, anak bongsu daripada tiga adik beradik itu pernah meraih beberapa anugerah pada peringkat PSA, termasuk Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar PSA 2017 Kategori Sukarelawa­n (Komuniti); Anugerah Sukarelawa­n Terbaik (Perempuan) PSA 2017 dan Pingat Gangsa Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar PSA 2016.

Selain bergiat aktif dalam bidang kesukarela­wanan, Petah Nur Alifah Ilyana juga bertanggun­gjawab sebagai Naib Yang Dipertua II Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSA 2018 sejak Januari lalu.

“Bidang kepemimpin­an ini banyak mengajar saya untuk menjadi individu yang bijak menguruska­n masa supaya akademik dan kokurikulu­m berjalan seiring.

“Saya tidak mahu orang menganggap pelajar yang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulu­m ini adalah pelajar yang ketinggala­n dan gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

“Sudah tentunya, ada harga yang perlu dibayar apabila seseorang pelajar itu memilih untuk bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti di dalam dan luar kampus,” katanya

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR / BH] ?? Petah Nur Alifah timba pelbagai pengalaman.
[FOTO FAIZ ANUAR / BH] Petah Nur Alifah timba pelbagai pengalaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia