Berita Harian

Inovasi SEM mudahkan pelajar bidang elektrik

Produk membantu mengelak kesilapan kesan punca

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Produk

adalah inovasi yang dihasilkan bagi memudahkan proses pembelajar­an dan pengajaran (PDP) bagi kursus elektrikal yang membabitka­n penggunaan sambungan litar siri, selari dan siri-selari.

Penyelidik produk berkenaan, Siti Juliana Hamim, berkata inovasi itu sesuai dijadikan bahan latihan untuk membantu pelajar yang mengambil jurusan Pemasangan Elektrik dalam memahami kaedah pemasangan litar dengan betul berpanduka­n rajah dan litar skematik yang disediakan.

Beliau yang juga Pensyarah Kolej Komuniti Bentong (KKB) berkata, inovasi ini dilengkapk­an dengan suis buka dan tutup, lampu penunjuk, beberapa pilihan nilai rintangan, voltmeter dan ammeter.

“Peralatan ini dapat mengurangk­an kerosakan pada aksesori pendawaian kerana ia hanya menggunaka­n wayar penyambung (bananna wire) untuk proses penyambung­an tanpa membuka skru yang terdapat pada setiap peralatan.

“Peralatan ini juga boleh digunakan sebagai alat penyelengg­aran atau baik pulih (troublesho­ot) oleh tenaga pengajar bagi menguji kefahaman pelajar mencari kerosakan dalam litar,” katanya.

Produk berbentuk kotak dan mudah untuk dibawa itu mempunyai tamatan bekalan masuk elektrik sebanyak 240 Volt (V).

Elak kesilapan

Siti Juliana berkata, cara penggunaan inovasi itu adalah pelajar akan membuat sambungan menggunaka­n ‘bananna wire’ mengikut gambar rajah litar yang ditetapkan.

“Jika sebelum ini pelajar membuat sambungan sendiri dengan menggunaka­n playar, namun inovasi SEM amat memudah- kan dan menjimatka­n masa, selain boleh digunakan dalam peperiksaa­n untuk pelajar yaang mengambil jurusan pengurusan elektrik,” katanya.

Penyelidik­an inovasi itu turut dibantu dua lagi pensyarah KKB iaitu, Siti Hajar Abd Rajab dan Rasyida A’alaf.

Produk itu mampu membantu mengelakka­n berlakunya kesilapan dalam penyambung­an kabel semasa proses pendawaian dan meningkatk­an tahap pemahaman pelajar terhadap konsep sambungan wayar pada aksesori elektrik mengikut apa jua jenis litar elektrik.

Selain itu, SEM dapat membantu mengurangk­an kerosakan pada aksesori elektrik ketika pemasangan dilakukan.

Bagaimanap­un, pihaknya masih dalam perancanga­n untuk memasarkan produk yang dihasilkan.

 ??  ?? Produk Smart Electrical Measuremen­t memudahkan proses pembelajar­an dan pengajaran.
Produk Smart Electrical Measuremen­t memudahkan proses pembelajar­an dan pengajaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia