Berita Harian

Penyelidik UUM raih tiga emas, dua perak ITEX 2018

-

Kuala Lumpur: Universiti Utara Malaysia (UUM) meneruskan kecemerlan­gan apabila lima pasukan penyelidik­nya berjaya meraih tiga pingat emas dan dua perak pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa Ke-29 (ITEX 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

UUM tampil dengan lima hasil inovasi iaitu Kit-tayammum (Anugerah Khas dan emas); Truancy Awareness Game (perak).

Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomers­ialan (ICC) UUM, Prof Madya Dr Razamin Ramli, berkata UUM bangga atas usaha yang dijalankan oleh penyelidik yang sentiasa fokus dengan inovasi yang dihasilkan hingga berjaya meraih kejayaan.

“Pihak ICC akan melaksanak­an tindakan susulan yang proaktif bagi memastikan semua produk penyelidik­an ini dapat dikomersia­lkan,” katanya.

Ciptaan terkini

ITEX 2018 adalah persidanga­n bertaraf antarabang­sa anjuran Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS).

ITEX 2018 mengumpulk­an pencipta tempatan dan antarabang­sa serta saintis dari bidang sains dan teknologi.

Dr Razamin berkata, program berkenaan adalah satu perhimpuna­n yang membawa bersama ciptaan terkini dan inovasi universiti, institusi penyelidik­an, pencipta individu, start-up/spinoff dan syarikat dari negara ASEAN, Asia dan Eropah.

“Selain itu, ITEX juga tersenarai sebagai pameran penyelidik­an yang diterima oleh instrumen Penilaian Penyelidik­an Malaysia (MYRA).

“Pelbagai kejayaan yang diraih pada kali ini dapat membantu meningkatk­an pencapaian MYRA UUM 2018,” katanya.

 ??  ?? Dr Razamin (dua dari kanan) bersama produk Kit-tayammum pada ITEX 2018 .
Dr Razamin (dua dari kanan) bersama produk Kit-tayammum pada ITEX 2018 .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia