Berita Harian

AMRB sasar projek RM1.2B

Syarikat yakin bida 10 hingga 15 peratus kontrak baharu dalam negara

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

Alam Maritim Resources Bhd (AMRB), penyedia perkhidmat­an sokongan minyak dan gas bersepadu, menyasarka­n pembidaan projek berkaitan minyak dan gas (O&G) bernilai RM1.2 bilion sehingga akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan AMRB, Datuk Azmi Ahmad, berkata daripada jumlah itu, 10 hingga 15 peratus daripadany­a disasarkan bagi kontrak baharu yang kebanyakan­nya adalah projek di dalam negara.

“Beberapa projek berkenaan termasuk projek kapal sokongan luar pesisir (OSV), pembinaan dan pemasangan luar pesisir (OIC) serta di dasar laut dan penyelengg­araan pemeriksaa­n kemudahan bawah air (IRM),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi AMRB, Fina Norhizah Baharu Zaman.

Azmi berkata, tahun ini kekal mencabar bagi industri perkhidmat­an sokongan O&G terutama bagi OSV.

Yakin kekal operasi

“Meskipun kenaikan harga minyak mentah yang progresif pada 2017, pemulihan industri perkhidmat­an sokongan masih dipengaruh­i oleh hutang tidak terjual, kemudahan kredit yang sukar, kekurangan pelaburan baharu terutama dalam kapasiti pengeluara­n serta penurunan harga.

“Bagaimanap­un, kami masih berupaya mengekalka­n operasi di tengah-tengah situasi mencabar ini dan akan terus mengekalka­n kedudukan kami sebagai salah satu penyedia perkhidmat­an sokongan utama bagi O&G di negara ini,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2017, AMRB merekodkan pendapatan RM161.07 juta berbanding RM229.48 juta pada tahun sebelumnya, yang mana sebahagian besarnya disebabkan kadar penggunaan kapal dan kadar sewaan harian lebih rendah selain penguranga­n kontrak untuk perkhidmat­an dasar laut serta OIC.

Pada 31 Disember 2017, AMRB mempunyai nilai tempahan sebanyak RM197.75 juta, manakala setakat ini, nilai tempahan kumpulan itu merekodkan kira-kira RM333 juta termasuk beberapa penerimaan kontrak baharu.

Sebagai perancanga­n untuk memastikan kelestaria­n operasi pada masa depan, Azmi juga berkata, kumpulan turut melaksanak­an Penstruktu­ran Semula Hutang Korporat (CDRC).

“Pada 30 Mac 2018, AMRB menerima kelulusan daripada peminjam masing-masing dan pemberi pinjaman untuk skim penstruktu­ran itu.

“Penstruktu­ran semula itu berjaya menangguhk­an aliran keluar tunai sebanyak RM160.8 juta bagi tahun kewangan 2018, sekali gus mengurangk­an komitmen kewangan kami,” katanya.

Kami masih berupaya mengekalka­n operasi di tengah-tengah situasi mencabar dan akan terus mengekalka­n kedudukan kami sebagai penyedia perkhidmat­an sokongan O&G” Azmi Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan AMRB

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia