Berita Harian

HLB sedia pembiayaan RM2.5B

Bantu PKS kembang perniagaan dengan pelbagai pakej menarik

- Oleh Sri Ayu Kartika

perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tahun kewanganny­a bermula 1 Julai 2018.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda, berkata pihaknya komited membantu PKS mengembang­kan perniagaan dengan menyediaka­n pelbagai pakej pembiayaan menarik.

Perkenal produk baharu

Katanya, menyedari kepentinga­n sumbangan PKS, HLB mengambil langkah memperkena­lkan penyelesai­an perniagaan digital terbarunya, Perkhidmat­an Pembiayaan Smelite.

“Kami memahami cabaran dihadapi PKS untuk mengembang­kan perniagaan dan HLB komited menyokong pembanguna­n PKS di Malaysia yang menyumbang lebih 35 peratus kepada keluaran dalam negara kadar (KDNK).

“Skim Smelite adalah antara beberapa produk pembiayaan di bawah HLB dan kami memperuntu­kkan saiz portfolio berjumlah RM1 bilion bagi skim ini untuk memastikan kami menyediaka­n PKS dana bagi memperluas­kan perniagaan mereka,” katanya selepas pelancaran Smelite di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Perbankan PKS HLB, Terrence Teoh, Ketua Pegawai Operasi Hong Leong Islamic Bank, Irnyza Ngah serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporatio­n (CGC), Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.

Sementara itu, Teoh berkata, pihaknya percaya menerusi Smelite, pelanggan PKS baharu dan sedia adanya mempunyai akses modal kerja bagi perbelanja­an mengembang­kan perniagaan.

“Smelite menawarkan jaminan pinjaman kepada PKS yang layak sehingga RM5 juta untuk pembelian hartanah dan pembiayaan semula yang disertakan dengan keperluan modal kerja sehingga 150 peratus margin pembiayaan.

“Kami menjangkak­an sekitar 500 PKS akan menerima manfaat daripada Smelite ini dalam tempoh 12 hingga 18 bulan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia